Showing posts with label RESEPI KEREPEK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEREPEK. Show all posts

Thursday, April 11, 2019

RESEPI KEREPEK GUNTING IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN :

700gm tepung gandum
20 tangkai lada kering - tak suka pedas boleh kurangkan
2 labu bawang besar
1 gengam ikan bilis
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
1/4 cwn minyak masak - panaskan
2 sudu besar majerin
200ml santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
daun kari - hiris

CARA CARA
Kisar halus semua bahan kasar. Kisar guna santan yg 200ml tu. gaul ramas tepung dgn majerin, tuang minyak panas dan gaul sebati.

Uli tepung dgn semua bahan kisar, dan perasakan dgn garam. Uli hingga menjadi doh.

Buat bebola kecil, kalau guna mesin mee, mula2 leperkan dgn no paling besar lps tu akhir sekali baru masukkan ke no second last paling kecil, pastu masukkan pulak ke bhg yg mata lebar. Guna tangan pun boleh.

Goreng dlm minyak panas guna api sederhana. Sambil tabur lg daun kari utk bau yg lebih mengancam. Sudah nampak garing angkat, dah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara ye.

Friday, March 22, 2019

KEREPEK POPIA CHESSE

BAHAN BAHAN
Kulit popia (dipotong kecik2)
Serbuk cheese
Gula halus (sckup rsa)
*nak pedas ltk serbuk cili kering/serbuk kari skit*xyah ltk garam serbuk cheese dh masin

PROSES BUAT
1. Goreng kulit popia (ketepikn)
2. Didalam bekas lain Masokn serbuk cheese dan gula lepastu gaul sebati..
3. Kemudian Masokn kulit popia tdi kdlm bekas cheese dan gaul(sy gna tgn je).
4. Siap

Thursday, November 16, 2017

RESEPI KUPANG GORENG KUNYIT

Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.

Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.
BAHAN BAHAN
500 gm kupang yg dah di kopek
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam(utk gaul bersama kupang)
2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong serong)

BAHAN HIRIS
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris halus
1 inci halia, di hiris halus
5 btng lada hijau, dihiris serong
garam dan gula secukup rasa

PROSES MASAK
Bersihkan kupang, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang kurangya 20 minit

Panaskan minyak di kuali. Goreng kentang yg di potong serong tadi.gaulkan dan biarkan sedikit empuk.

Setelah empuk, masukkan kupang yang di perap tadi dan gaul sebati

Masukkan hirisan bawang besar, bwng putih, hirisan halia dan hirisan lada hijau . Gaul hingga sebati dan tutup kuali sebentar.Perasakan garam dan gula.

Setelah siap angkat dan hidangkan. Sedap di makan bersama nasi putih hangat.