Showing posts with label RESEPI MAKANAN EKSOTIK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI MAKANAN EKSOTIK. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

REESEPI LANDAK MASAK RENDANG


BAHAN-BAHAN:-
1/2 kilo daging landak @ lembu, kambing , Ayam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 in lengkuas*
1 in halia*
cili kering mesin (ikut pedas)
1/2 st serbuk jintan manis
garam & gula secukup rasa
1 helai daun limau purut
cili  merah & cili hijau -potong memanjang
1/2 labu bwg besar - hiris bulat
minyak utk menumis.

PROSES PENYEDIAAN
1. Cuci daging dgn limau kasturi & garam. Bersih dan toskan.
2. kisar bahan-bahan yg bertanda*
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kering mesin serta serbuk jintan manis dan kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan tambahkan 3/4 cwn air. kacau dan tunggu hingga daging empok. ~ akak guna pressure cooker~ lepas masukkan daging tutup periuk dan biarkan berdesir selama 10 minit. Jgn terlalu lama sbb daging landak cepat lembut. Buka penutup periuk dan renihkan hingga kuah pekat.
5.Sebelum angkat masukkan cili hijau & cili merah, daun limau purut serta bwg besar.


Wednesday, July 17, 2019

RESEPI LANDAK MASAK KICAP


BAHAN BAHAN
Seekor landak yang telah dipotong
Kicap
Garam dan perasa

BAHAN A:
Halia 1 cm dihiris
Cili padi 1 biji
Bwg Merah 1 biji
Bwg Putih 2ulas
Serai 2 btg diketuk

BAHAN B :DITUMBUK:
Bwg merah 1 biji
Bwg putih 2 ulas
Serai 1 btg
Halia 2cm

CARA-CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Bahan A diikuti Bahan B dan tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan Daging Landak dan 2 cawan air dan tutup kuali.

Tunggu sehingga air dalam kuali hampir kering, jika landak masih liat , tambahkan air semula dan biarkan  sehingga daging lembut.

Apabila air dah dalm kuali dah kekeringan , daginbg tersebut hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daging hangus.

Kemudian masukkan kicap , garam dan perasa.

Siap dan hidangkan.

Monday, May 27, 2019

RESEPI LANDAK MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN
500 gm daging Landak  dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

HIASAN
daun sup
daun bawang
kacang buncis

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram

2. Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging. Perasakan dengan garam

3. Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat

4. Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang

Angkat dan sedia dihidangkan

RESEPI LANDAK MASAK KUNYIT

BAHAN-BAHAN
Daging landak (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Kulit kayu manis
Serbuk kunyit
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MASAK
Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis, Masukkan serbuk kunyit, Masukkan daging.Kacau seketika.

Masukkan air secukupnya... Nak kuah lebih, masukkan lebih banyak air.Masak hingga daging empuk.Masukkan garam secukup rasa.

Masukkan hirisan cili merah.Kalau ada bawang besar boleh masukkan sekali, tapi saya tak masukkan sebab takda. Kacau rata.

bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Monday, April 02, 2018

RESEPI KARI ITIK SALAI BERKERISIK


Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KARI ITIK SALAI BERKERISIK

BAHAN BAHAN
1 ekor daging itik
2 helai daun pandan
3 tangkai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
3 sudumakan  rempah kari daging
500g santan
2 sudumakan  kerisek
Blend: bawang besar , bawang putih dan halia
Rempah tumis: kayu manis,  pelaga  ,  cengkih  dan lawang

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak  dlm kuali
Tumis  rempah  hingga naik bau
Masukkan bahan blend dan kacau  hingga garing
Masukkan bahan2  lain
Tambah garam dan perasa
Kacau hingga pekat.
(Jika mau cair tambah air dan biar mendidih)

RESEPI RENDANG ARNAB

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.


Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya

RESEPI RENDANG ARNAB

BAHAN-BAHAN
1ekor arnab
1 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1in lengkuas
1/2 biji kelapa dijadi kan kerisik
2 batang serai
1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat
1 senduk minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Arnab di potong dan dibersihkan, .Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas ditumbuk halus. Serai dititik

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi dan barulah dimasukkan daging dan garam secukup rasa

Kemudian masukkan pati santan. Kacau supaya semuanya sebati, dan biarkan kuahnyamenjadi kering

Thursday, March 08, 2018

RESEPI UMAI KAKI AYAM


Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan. Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan ikan mentah yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau

Umai merupakan sejenis makanan laut trasional masyarakat Melanau di Sarawak. Umai juga merupakan sepupu sashimi(shusi) di Negara Jepun.Tetapi umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak.Di mana-mana di Sarawak, Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah sinonim dengan gelaran Bahagian Umai. Umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya.

Kalau anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai, tambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai yang mudah untuk disediakan.

Oleh kerana umai ini adalah mudah disediakan,nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut.Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan, udang dan bubuk(sejenik udang kecil) juga menjadi mangsa nelayang untuk dijadikan umai. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya. Ingat, umai sedap jika ikan itu betul-betul segar dan jika umai telah siap untuk dimakan

RESEPI UMAI KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN:
1kg kaki ayam | direbus dan dihiris kasar
4 biji bawang besar | dihiris nipis
2 batang serai | dihiris halus
10 biji cili padi | dihiris halus
5 biji Limau kasturi | diambil jusnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam yang dihiris tadi ke dalam mangkuk bersama hirisan serai dan cili padi.

Masukkan garam secukup rasa dan perahan limau. Gaul sebati dan perap selama sejam.



Wednesday, March 07, 2018

RESEPI SUP DAGING RUSA


Rusa dalam bahasa latinnya adalah cervus. Rusa masuk didalam golongan hewan mamalia pemamah biak (ruminant). Rusa adalah hewan yang memiliki tanduk, sehingga rusa mudah dikenali. Rusa diketahui lebih suka mengkonsumsi sayuran atau buahan serta tumbuhan yang masih muda. Meskipun banyak pilihan jenis daging yang dapat dikonsumsi, namun daging rusa memiliki penggemarnya tersendiri.

RESEPI SUP DAGING RUSA

BAHAN BAHAN
500 gm daging rusa (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji lobak merah (dipotong kiub)
1 biji bawang besar (dibelah empat)
2 biji kentang (dipotong kiub)
1 batang seleri (dipotong kiub)
3 biji cili padi (diketuk)
30 gm daun sup
2 liter air
1 ketul sup bunjut
1 batang kayu manis
40 gm suhun
2 biji limau (diperah jusnya)
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Didihkan air lalu dimasukkan daging. Rebus daging dengan api sederhana besar.

Apabila daging sedikit lembut, masukkan bahan-bahan lain.

Masak hingga sayur menjadi lembut.

Perasakan dengan garam serta masukkan jus limau.

Hidangkanlah sup setelah ianya dihias mengikut citarasa masing-masing.


RESEPI DAGING MASAK MERAH



Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

RESEPI DAGING MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
setengah kilo daging – dipotong nipis dan dicelur/direbus dengan pewarna merah sehingga empuk.
1 biji setengah bawang besar – dihiris
1 biji lada benggala hijau – dipotong
1 cm halia – diketuk
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 setengah sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskn minyak kemudian tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sampai naik baunya.

Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram.Jika terlampau kering masukkan air rebusan daging kedalam kuali dan garam secukup rasa.

Masukkan daging kemudian biar sampai ianya mendidih sehingga kuahnya sedikit pekat.

Akhir sekali masukkan lada benggala tadi kemudian tabur daun sup dan juga daun bawang.


KHASIAT DAGING LEMBU
Daging lembu memiliki banyak sekali kandungan khasiat yang sangat bermenafaat dalam menjaga kesihatan tubuh

Diantara Kandungan Zat  Manfaatnya seperti berikut

Zat Besi
Zat besi adalah salah satu keperluan penting bagi tubuh kita. Kita boleh mendapatkan zat besi dari daging lembu kerana daging lembu mengandungi zat besi yang sangat tinggi. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia membuatkan tubuh menjadi lesu.
Zat besi pada daging lembu bermenafaat untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh, mempengaruhi semangat belajar anak dan juga sebagai benteng bagi tubuh kita kerana zat besi dapat meningkatkan kekebalan tubuh.

Protein
Daging lembu juga mengandungi kandungan zat yang tidak kalah pentingnya selain zat besi, iaitu proetin. Protein sangat penting kerana dapat membantu perkembangan otak pada anak. Selain itu protein juga dapat membantu tubuh dalam membentuk jaringan baru pada otot-otot tubuh.

 Selenium
Kandungan zat lainnnya pada daging lembu adalah selenium. Selenium sangat diperlukan untuk membentuk zat antioksida dan meningkatkan imunisasi anak.

Zink
Zat Zink juga terdapat pada daging lembu. Zat ini berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan fungsi kekebalan tubuh. Kekurangan zat ini bolrh menyebabkan gangguan pada pengembangan fungsi reproduksi laki-laki dan pembentukan sperma serta mengganggu fungsi kekebalan tubuh.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks pada daging lembu dapat membantu sistem saraf otak sehingga mampu membantu menjaga konsentrasi dan meningkatkan daya ingat.

Omega 3
Kandungan zat lain pada daging lembu ialah omega 3. Omega 3 membantu fungsi jantung, sistem saraf pusat dan hati. Dalam 150 gram daging sapi, mengadungi sekitar 30 gram asam lemak
Omega 3.

Tuesday, February 27, 2018

DAGING LANDAK MASAK KICAP


LANDAK
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

DAGING LANDAK MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN
500 gram atau 1 ekor landak
1/2 cawan pati santan
3 batang serai dititik
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
gula secukup rasa
kicap masin secukupnya
sedikit kicap pekat
air asam jawa untuk mengisar

BAHAN KISAR
13 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh tinggi ketumbar
1 inci halia dikisar

PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan, bahan-bahan kisar dan serai yang dititik hingga pecah minyak.

Masukkan gula, kicap masin dan kicap pekat secukupnya. Masukkan daging landak dan kacau sebati. Tambahkan sedikit air supaya daging cepat empuk.

Bila daging mulai empuk dan mesra dengan bahan-bahan tumisannya tadi tambahkan santan pekat. Kacau lagi.

Biarkan di atas api hingga daging benar-benar empuk dan mesra serta kuah menjadi pekat.