Wednesday, November 22, 2017

RESEPI SUP TULANG RUSUK KAMBING

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.
BAHAN BAHAN
500 gram tulang rusuk kambing dipotong
sedikit lada putih ditumbuk lumat
1 batang lobak dipotong
3 biji kentang dipotong 4
2 biji tomato dipotong 4
3 batang serai dititik
sedikit bawang goreng
1 bungkus rempah sup bunjut tulang
2 sudu besar rempah sup dibancuh dengan sedikit air

BAHAN KISAR / HIRIS
7 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
sedikit daun bawang dihiris
sedikit daun sup dihiris

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga naik bau.

Masukkan tulang rusuk dan tambahkan air secukupnya.

Bila mendidih, masukkan rempah sup yang dibancuh tadi bersama rempah sup bunjut tulang. Kacau sebati.

Bila tulang sudah empuk tambahkan dengan potongan ubi kentang dan lobak merah.

Masukkan garam dan perasa secukupnya.

Bila ubi kentang dan lobak merah telah empuk, masukkan tomato. Tutup api.

Hidangkan bersama hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.an.

RESEPI SAMBAL GORENG UDANG BASAH

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
500 gram udang dikupas kulitnya dan tinggalkan bahagian ekor sahaja
sedikit belacan
secekak suhun direndam
secekak fucuk direndam dan dipotong-potong
1 keping tempe plastik dipotong dadu dan digoreng lembab
3 biji kentang dipotong dadu dan digoreng lembab
1/2 sudu kecil pati asam adabi
garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN DIHIRIS
5 biji cili merah
5 biji bawang kecil
2 biji bawang merah

PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan hiris dan belacan hingga bahan-bahan hiris layu.

Tambahkan pati asam jawa, gula, garam dan perasa secukupnya. Kacau sebati.

Tambahkan udang dan kacau lagi. Bila udang sudah bertukar warna tambahkan dengan suhun dan fucuk. Gaul sebati dan tambahkan air sedikit. Kacau lagi.

Tambahkan kentang dan tempe. Kacau lagi. Bila masakan telah mesra dan sebati tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL MADU

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
600gm ayam potong ikut suka dan digaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak
5 helai daun limau purut
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar sos tomato
madu dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

PROSES MASAK
Tumiskan bahan kisar, rempah tumis dan daun limau purut hingga naik bau dan terbit minyak

Tambahkan dengan sos tomato, garam dan madu secukup rasa. Kacau sebati.

Apabila bahan-bahan tumisan tadi sudah mesra, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati.

Biarkan di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI MEE BASAH

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "麪" kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.
BAHAN BAHAN
1 kilogram mee kuning
500 gram udang sederhana besar
1 cawan hirisan daging ayam
1 mangkuk kecil hirisan fish ball
1 ikat sawi dipotong-potong
2 biji tomato dipotong ikut suka
3 sudu besar sos tomato
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar cairan tepung jagung
garam secukupnya

BAHAN KISAR
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar

PROSES MASAK
Kupas udang dan tinggalkan bahagian ekornya. Rebus kulit udang tadi dan ambil airnya. Ketepikan

Basuh bersih mee kuning. Toskan airnya dan ketepikan.

Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan udang dan hirisan daging ayam tadi. Gaul sebati. Masukkan juga kicap masin dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan air rebusan kulit udang tadi.

Bila mendidih, tambahkan dengan cairan tepung jagung tadi dan kacau sebati.

Masukkan fish ball, diikuti mee kuning, hirisan tomato dan sawi. Kacau sebati. Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI ASAM REBUS DAGING DAN NENAS

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus)ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik
BAHAN BAHAN
500 gram daging dihiris nipis
7 batang cili merah
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
1 mangkuk potongan nenas
garam, gula dan perasa secukupnya

PROSES MASAK
Rebus daging hingga empuk, ketepikan. Kisar lada merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan hingga agak halus.

Masukkan bahan-bahan kisar dalam periuk. Masukkan daging rebus dan air asam. Tambahkan dengan air secukupnya.

Masak hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan nenas dan rasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.


Biar di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas, telur dadar, budu dan ulam-ulaman.

RESEPI PAIS IKAN KEMBONG

Kembung adalah nama sekelompok ikan laut yang tergolong ke dalam marga Rastrelliger, suku Scombridae. Meskipun bertubuh kecil, ikan ini masih sekerabat dengan tenggiri, tongkol, tuna, madidihang, dan makerel. Di Ambon, ikan ini dikenal dengan nama lema atau tatare, di Makassar disebut banyar atau banyara. Dari sini didapat sebutan kembung banjar.
BAHAN BAHAN
7 ekor ikan kembong sederhana besar
garam, gula dan perasa secukupnya
daun pisang secukupnya
aluminium foil secukupnya

BAHAN KISAR
20 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1/4 cawan air asam jawa pekat ( digunakan untuk mengisar,

PROSES MASAK
Gaulkan kesemua bahan-bahan kisar bersama ikan dan tambahkan dengan garam, gula serta perasa secukupnya. Ketepikan.

Gunting daun pisang sekadar cukup untuk membungkus seekor ikan. Letak ikan dan bahan-bahan kisar di dalamnya dan bungkus.

Alaskan bungkusan tadi dengan aluminium foil dan rapikan bungkusan. Buat hingga ikan dan bahan-bahan kisar habis.

Bakar atas api gas atau kuali serbaguna selama 15-20 minit.



RESEPI SAMBAL UDANG TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
BAHAN BAHAN
400 gram udang sederhana besar dibuang kulit
9 biji cili api
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2-3 sudu besar tempoyak
3 keping asam keping
sedikit garam
sedikit gula
minyak secukupnya untuk menumis

PROSES MASAK
Tumbuk cili api, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga masak. Masukkan asam keping.

Masukkan tempoyak, garam dan gula. Kacau sebati.


Akhir sekali masukkan udang, gaul dengan tumisan tempoyak dan angkat. Kalau suka boleh tambah sedikit air.

RESEPI IKAN GERUT MASAK ASAM TUMIS

Penumisan adalah teknik memasak cepat dengan menggunakan sedikit minyak dan api besar (panas tinggi), biasanya untuk bumbu. Kegiatan ini disebut menumis dan hasilnya disebut sebagai tumisan atau tumis saja. Dalam menumis, bahan yang dimasak dipotong-potong kecil atau dimemarkan terlebih dahulu agar panas cepat masuk. Penumisan biasanya dihentikan ketika bahan sudah mulai kecoklatan dengan mengangkat segera dari minyak panas atau ditambahkan bahan cair dalam jumlah banyak, seperti air, kaldu, atau santan.
BAHAN BAHAN
500 gram isi ikan gerut
2 batang serai dititik
air asam jawa secukupnya
secekak daun kesum dilerai dari tangkainya
2 kuntum bunga kantan dibelah dua
RM1 kacang bendi
garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR
21/2 senduk cili kering yang dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar

PROSES MASAK
Tumiskan bahan yang dikisar bersama serai hingga naik bau. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan potongan isi ikan tadi dan gaulkan bersama bahan tumis. Tambah sedikit air. Tunggu hingga agak mendidih untuk ditambah air asam pula.

Bila kuah telah mendidih sepenuhnya, masukkan daun kesum, kacang bendi dan bunga kantan. Biarkan seketika di atas api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI DAGING MASAK KICAP KERING

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
BAHAN KISAR
13 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh tinggi ketumbar
1 inci halia dikisar

PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan, bahan-bahan kisar dan serai yang dititik hingga pecah minyak.

Masukkan gula, kicap masin dan kicap pekat secukupnya. Masukkan daging dan kacau sebati. Tambahkan sedikit air supaya daging cepat empuk.

Bila daging mulai empuk dan mesra dengan bahan-bahan tumisannya tadi tambahkan santan pekat. Kacau lagi.

Biarkan di atas api hingga daging benar-benar empuk dan mesra serta kuah menjadi pekat.

RESEPI KARI IKAN ALU ALU MASAK KARI DAN TERUNG

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN BAHAN
Ikan alu alu saiz 1Kg
3 biji terung ungu saiz kecil dibelah dua
5 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 sudu kecil halba
3 tangkai daun kari dilurutkan
1 cawan santan
sedikit garam dan gula jika suka

BAHAN DIKISAR
3 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
sedikit air asam untuk mengisar

PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan hiris, halba dan daun kari hingga keperangan.Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah sebati rasa dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.

Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.

Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk. Siap

RESEPI HATI LEMBU GORENG KUNYIT BERKICAP

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
BAHAN BAHAN
500 gram hati lembu dihiris cantik
sedikit kunyit serbuk
secubit garam
gula secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar kicap pekat

BAHAN BAHAN DIHIRIS
5 biji cili merah
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan hati lembu yang telah digaul dengan garam dan kunyit

Tutup kuali. Apabila hati lembu tadi sudah mengeluarkan air dan mendidih buka tudung kuali tadi dan kacau rata.Masukkan air asam jawa, diikuti dengan kicap masin, kicap pekat dan gula secukupnya

Tambahkan dengan hirisan lada merah dan bawang besar. Kacau sebati. Biar atas api hingga hati lembu masak.

Tuesday, November 21, 2017

RESEPI DAGING GORENG KETUMBAR

Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci].

Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.
BAHAN BAHAN
600 gram daging lembu dihiris ikut suka
sedikit air asam jawa
garam, gula
serbuk perasa secukupnya.

BAHAN DIKISAR
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
5 batang serai
2 sudu besar ketumbar

PROSES MASAK
Gaulkan bahan kisar, ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi. Tutup kuali.

Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.