Showing posts with label SIPUT / BERCENGKERANG. Show all posts
Showing posts with label SIPUT / BERCENGKERANG. Show all posts

Wednesday, May 22, 2019

RESEPI LOKAN MASAK PEDAS

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500gm kg lokan
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut, dicarik kasar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
  • daun ketumbar, hiris kasar

BAHAN KISAR
  • 4 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MASAK
  • Basuh lokan dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
  • Masukkan lokan dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar

RESEPI LOKAN MASAK SAMBAL

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • 300gm isi lokan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci belacan dan 1/2 cawan air, larutkan
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing. 
  • Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata dan biar kuah pekat. 
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.siap

RESEPI LOKAN MASAK KARI

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.BAHAN BAHAN

  • 500 gm lala (ambil isi shj)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dijadikan pes)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

CARA MASAK
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis daun kari bersama bahan2 kisar hingga kering.
  • Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.Masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata2.
  • Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

RESEPI LOKAN MASAK KUNYIT

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • Isi lokan secukupnya
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 biji bawang merah- dihiris halus
  • sedikit halia-  dihiris halus
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • lada hidup dan bawang besar, dipotong- potong
  • minyak untuk menumis

PROSES MASAK
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris hingga kekuningan.
  • Masukkan isi lokan, garam dan serbuk kunyit.
  • Akhir sekali, tambahkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

RESEPI SIPUT KAHANGA MASAK KUNYIT

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • Isi kahanga secukupnya
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 biji bawang merah- dihiris halus
  • sedikit halia-  dihiris halus
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • lada hidup dan bawang besar, dipotong- potong
  • minyak untuk menumis

PROSES MASAK
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan hiris hingga kekuningan.
  • Masukkan isi kahanga, garam dan serbuk kunyit.
  • Akhir sekali, tambahkan hirisan lada hidup dan bawang besar.

RESEPI LOKAN MASAK RENDANG

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 4 kilo lokan (direndam air panas dan diambil isi & airnya)
  • 2 biji bawang besar  + 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili padi yang dikisar
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 hiris halia 
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 sudu besar kerisik (yang ni tak bubuh pon tadi, takde stok)
  • 1 kotak santan (kali ni saya pakai yang kotak je, kalau dapat yang fresh lagi ok) 
  • 1/2 keping asam keping
  • +-2 sudu besar gula merah/melaka
  • garam secukup rasa

CARA MASAK
  • Lokan direndam dalam air panas sebentar, dikopek dan diambil isi dan airnya.
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar (bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering, kunyit hidup). Selalunya kalau pakai santan segar saya tak tumis, tapi kalau pakai santan kotak saya tumis sikit supaya rendangnya nanti pecah minyak.
  • Masukkan lokan, garam dan gula merah  Kacau sebentar
  • Masukkan santan, kerisik, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris, asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Kacau hingga kering dan pecah minyak. Siap dihidang dengan nasi atau roti.



RESEPI LOKAN MASAK SERAI

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

CARA MASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air.
  • Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

Tuesday, April 09, 2019

SEAFOOD MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
  • Sotong, Udang, Isi kerang -kerangan jika ada
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Cili Merah
  • Kunyit Serbuk
  • Sebuk Black Papper
  • Sos tiram
  • Sos Cili
  • Kicap Manis
  • Garam dan Gula

PROSES PENYEDIAAN

  • Tumis kan cili merah yg dah diblend dgn bawang putih sampai pecah minyak.
  • Masukkan :
  • serbuk black pepper sikit
  • Kunyit serbuk sikit
  • Serbuk cili sikit
  • Sos tiram sikit
  • Sos cili sikit
  • Kicap manis sikit
  • Perasakan dgn garam dan gula.
  • Pastu masukkan kerang dgn bawang besar. Masak sampai kerang betul2 masak. Tutup periuk. Pastu masukkan sotong dan udang. Jgn masak lama sangat udang dgn sotong nnti kecut sangat.
  • Siap!

Sunday, April 07, 2019

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK KICAP

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.
BAHAN BAHAN
  • 1kg siput sedut - potong ekornya dan dibersihkan
  • 2 biji telur ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • setengah inci halia
  • kicap pekat
  • garam, serbuk perisa dan gula
  • minyak untuk menumis

CARA CARANYA
  • Bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar. setelah naik bau masukkan siput sedut yang telah dibersihkan dan dipotong ekornya, gaul sehingga rata dan air dari siput sedut keluar perlahan-lahan. 
  • Setelah itu, masukkan kicap pekat 3-4 camca (anggaran sehingga tidak kelihatan pucat)gaul sebati. masukkan bahan perisa secukup rasa gaul dan masak sehingga kuah kicap bertambah pekat.
  • setelah kelihatan hampir-hampir pekat masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
  • Bila masakan hampir-hampir kering angkat dan hidangkan.

Thursday, November 01, 2018

RESEPI MENTARANG KUKUS

Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.
BAHAN-BAHAN:
  • Mentarang (dibersihkan)
  • 3 batang serai (ditumbuk)
  • Perahan lemon/jus limau nipis
  • Daun sup (dipotong kasar)
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit halia

CARA-CARA :
  • Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.
  • Kukus sehingga mentarang masak selama 30-45minit. Mentarang ni selalunya tak akan terbuka luas apabila masak. Tak macam kupang atau kepah. jadi kena berhati-hati agar tak terlebih masak nanti tak sedap pula.

Monday, October 22, 2018

RESEPI LALA MASAK PEDAS

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.
BAHAN-BAHAN
  • 1 kg lala
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ~ di ketuk
  • 4 batang cili padi ~ di belah 2
  • 20 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
  • 1 labu bawang besar ~ di hiris
  • 1 biji tomato ~ di potong baji
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan jus asam jawa ~ ambil sedikit asam jawa campur air dan ramas, tapis ambil airnya sahaja
  • 2 helai daun limau purut ~ di siat
  • 2 pokok ketumbar ~ di mayang halus
  • garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Bersihkan lala, rendam sebentar untuk menghilangkan pasirnya. Cuci semula dan toskan airnya
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum. Masukkan serai dan cili padi kacau rata
  • Masukkan bawang besar dan tomato. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenihJika kuah kering tambahkan air
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya
  • Masukkan daun limau perut dan daun ketumbar. Akhir sekali masukkan lala
  • Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
  • kacau rata dan biar merenih. Sedia di hidangkan.



Sunday, October 21, 2018

RESEPI AIR ASAM KERANG

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Rebus dulu kerang letak serai,  bawang dan garam sikit..

BAHAN BAHAN

  • Air asam
  • Bawang merah ~ hiris
  • Tomatao ~ hiris
  • Cili padi ~ hiris
  • Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi
  • Belacan
  • Buh gula
  • Daun ketumbar
  • Siappp

Tuesday, April 10, 2018

RESEPI LALA PEDAS

Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan
BAHAN BAHAN
  • 1/2 kilo lala ~ cuci bersih
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api ~ di ketuk
  • 3 ulas bawang putih ~ di ketuk atau hiris halus
  • 1 cm halia ~ di ketuk atau hiris halus
  • 1 batang serai ~ diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut ~ di siat-siat atau hiris halus
  • sedikit sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap manis
  • sedikit daun bawang atau daun sup ~ di hiris saya letak daun ketumbar
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis

BAHAN - BAHAN SOS
  • Tumis bawang putih, halia dan cili giling hingga terbit bau.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan daun limau purut.Kacau sebati. Masukkan lala dan sedikit air.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
  • Hidangkan setelah masak.

Monday, April 09, 2018

RESEPI SAMBAL KERANG PEDAS MASAM MANIS

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah
BAHAN BAHAN
  • 200 gm isi kerang

BAHAN UNTUK DI KISAR
  • 3 senduk cili kisar
  • 5 biji bwg kecik
  • sebijik bwg merah sederhana.
  • 5-6 ulas bawang putih
  • sedikit halia

BAHAN-BAHAN LAIN
  • 1 biji bawang kuning hiris bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 inci belacan
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit santan
  • perahan jus asam jawa
  • sedikit sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato

PROSES PENYEDIAAN
  • Kerang dibersihkan, dan dicelur seketikap di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak.
  • Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.
  • Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah..jangan terlalu kering
  • Rasa dan jika cukup rasa boleh matikan api. Siap untuk di hidangkan

Thursday, April 05, 2018

RESEPI SHELLOUT

Makanan laut adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia. Makanan laut dengan jelas termasuk ikan dan kerangan.

Kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah, mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan, walaupun berkurangan pada zaman moden. Tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan, seperti beberapa rumpai laut dan mikroalga, dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia, terutama di Asia (lihat kategori sayur-sayuran laut). Di Amerika Utara, walaupun tidak secara amnya di United Kingdom, istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia, jadi semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut. Demi kesempurnaan, rencana ini merangkumi semua hidupan akuatik yang boleh dimakan


RESEPI SHELLOUT
BAHAN BAHAN

Celurkan seafood dan tapis..

BAHAN TUMISAN
kicap utk hasilkan warna gelap masakan..
cili kisar ( lebihkan klu nak pedas )
Rempah kari daging
Kurang dari 1 sudu ok..klau lebih nanti rasa kari pulak

CARA PENYEDIAAN
Masukkan seafood dan kacau sebati...( api besar ..fungsi utk elakkan air dari seafood keluar - pastikan jgn smpai hangit)

Bila nmpak seafood dh hmpir masak..sederhanakan api. kacau himgga masak....perasakan dgn garam kicap dan gula..masukkan sayuran..dh siap..

Tuesday, April 03, 2018

RESEPI KERABU PUCUK PAKU & KERANG

Pokok Paku atau nama saintifiknya Athyrium esculentum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Terdapat bahagian pokok Paku yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Pucuk Paku sering diambil dan dicelur dan dijadikan ulam yang sungguh menyelerakan apabila dimakan dengan sambal belacan.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


RESEPI KERABU PUCUK PAKU & KERANG

BAHAN-BAHAN
seikat pucuk paku rm2
setengah kilo kerang
tauge 50sen
santan rm1
setengah biji bwg besar dimayang
garam
limau nipis

BAHAN KISAR
serai dua batang
lengkuas sebesar ibu jari
kerisik 3 sudu besar
cili padi sepedas yg anda boleh
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Bahan Kisar boleh kisar bersama santan
Celur pucuk paku sekejap saja.
Rebus kerang dgn air separas kerang.
Kemudian gaul bahan blend + pucuk paku + isi kerang + bawang yg dimayang + tauge mentah.
Perasakan dgn garam dan limau nipis.

Monday, April 02, 2018

RESEPI KERABU KERANG ALA THAI


Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
 BAHAN-BAHAN
  • 1 kg kerang
  • 2 biji tomato – potong kiub kecil2
  • 1 biji bawang besar – potong kiub
  • 2-3 sdb sos ikan
  • 1 biji perahan air limau nipis
  • suku cawan air asam jawa
  • Daun ketumbar – lebih kurang sepokok (hiris lebih kurang 1/2 inci)
  • 6-7 batang kacang botol – celur sebentar dengan air panas
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR
  • 12 biji cili padi merah dan hijau – kisar kasar
  • 2 biji cili merah – kisar kasar
  • 1 biji bawang besar – kisar kasar
  • 1 inci belacan – dibakar dan kisar
  • * jika suka boleh tambah bawang putih – kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi

PROSES PENYEDIAAN
  • Basuh dan rebus bersama beberapa hirisan halia hingga ada kerang yang terbuka sedikit.
  • Tapis kerang dan buang air rebusan tadi. Rendam kerang tadi dengan air bersih dan letakkan ais batu ke dalamnya. Tujuannya untuk kerang tadi kekal segar.
  • Dalam bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato, daun ketumbar dan kacang botol yang telah dipotong.
  • Masukkan sos ikan, air limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
  • Kopekkan kerang yang direndam ais tadi. Buang separuh kulit kerang.
  • Gaulkan kerang tadi ke dalam bahan kisar hingga rata. Sesuaikan rasanya. Siap.

Thursday, March 15, 2018

RESEPI RENDANG KERANG KACANG PANJANG

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya
BAHAN BAHAN
  • 2 kg kerang laut segar  - basuh bersih2, rebus dan kopek.. ketepikan
  • 2 biji kelapa - ambil pati santan
  • 1 -2 helai daun kunyit-dimayang nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar kerisik-
  • 15 biji cili api - ketuk
  • 9 tangkai kacang panjang- basuh bersih,potong seperti biasa
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Aji – optional

BAHAN2 YG DIKISAR HALUS:
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - di potong nipis2 dulu ye sblm kisar
  • 5 sudu besar cili kisar

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut ... Kacau semua bahan bagi rata dan biarkan hingga naik minyak.
  • Bila dah naik minyak,masukkan isi kerang, asam keping serta cili api..kacau seminit.
  • Masukkan santan pekat tadi serta kacau rata semua bahan.
  • Bila rendang hampir mengering masukkan kerisik, garam, gula & aji, kacang panjang serta daun kunyit.. kacau rendang hingga kacang panjang empuk..
  • kalau tak suka rendang terlalu kering bolehlah tutup api awal ye.. rasa dulu jgn lupa ye.. kalau dah cukup rasa boleh la di tutup api..