Wednesday, November 08, 2017

RESEPI KETAM GORENG TEPUNG

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

KETAM GORENG TEPUNG 

BAHAN BAHAN
3- 4  ekor ketam dibelah dua
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 camca serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
1. Bancuh tepung beras bersama telur dan air.  Pastikan bancuhan tidak terlalu cair  tidak terlalu pekat. 

2. Masukkan serbuk kunyit dan  garam. Panaskan minyak di dalam kuali.

3. Celup ketam yg telah dibersihkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng ketam hingga kekuningan.

4. Goreng hingga selesai saip dan nikmati

RESEPI KETAM MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KETAM MASAK KARI


BAHAN-BAHAN 
1 kg ketam  Bakau
Santan secukupnya
4 sudu besar serbuk kari
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai  - di ketuk
2 keping asam keping
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
minyak masak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.

Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan bahan  yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.

Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau. Kacau lagi sehingga masak.

Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

RESEPI KETAM MASAK SAMBAL MERAH

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

KETAM MASAK SAMBAL MERAH

BAHAN-BAHAN 
3 ekor ketam Nipah
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

BAHAN-BAHAN KISAR 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.

Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.

Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.

Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



Tuesday, November 07, 2017

RESEPI TOMYAM UDANG GALAH

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.

RESEPI TOMYAM UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN
1 kg udang galah
3 ekor sotong dipotong bulat
5 sudu besar pes tom yam adabi
1/2 kiub pati ikan bilis
3 sudu besar sos ikan
1 labu bawang besar jenis holland dipotong bulat
1 hirisan lengkuas diketuk
2 batang serai -  Diketuk
8-10 bji cili padi - Diketuk
6 helai daun limau purut
1 tangkai ketumbar dihiris
3 biji tomato dibelah 4
5 jagung muda dipotong kecil
 Bunga kubis secukupnya
Garam jika perlu
Minyak makan

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan pes tom yam adabi sampai naik bau

Masukkan serai, cili padi, dan pati ikan bilis dan aduk sebati Tambahkan air secukupnya, jgn banyak sangat biar pekat sikit

Masukkan sos ikan diikuti udang galah dan sotong

Masukan buah tomato, diikuti bunga kobis, jagung muda, bawang besar dan  terakhir sekali daun ketumbar dan daun limau purut

Biar dia mendidih.Siap dan hidangkan

RESEPI TOMYAM SEAFOOD

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.

RESEPI TOMYAM SEAFOOD

BAHAN BAHAN

10 ekor udang segar
3 ekor sotong - potong membulat
Segenggam lala
2 batang serai - dititik
Sedikit lengkuas
Cendawan tiram putih - ikut suka
1 labu bawang besar - potong membulat
5 – 10  biji cili padi - ketuk
2 biji tomato - belah 4
5  helai daun limau purut
Sedikit daun Ketumbar
1 Biji Limau Nipis – Perah jus
1 paket pes tomyam – adabi
Cendawan kering - rendam bagi kembang

PROSES PENYEDIAAN
Didihkan air dalam periuk. Masukkan pes tomyam, tomato dan serai.

Masukkan udang, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan tiram dan cendawan kering serta bawang merah.

Masukkan sotong dan lala. Biarkan mendidih sebentar. Jangan lama,nanti sotong akan keras.


Masukkan garam, jus limau Nipis  dan daun ketumbar. Siap untuk  dinikmati

RESEPI MASAK TOMYAM AYAM

BAHAN-BAHAN
500gm - Ayam yang telah dipotong kecil.
1 batang Lobak Merah 
5 kuntum cendawan  -
2 biji bawang besar -  yang telah dihiris.
3 biji bawang putih.
2 biji cili api yang telah diketuk.
2 batang serai yang telah diketuk-ketuk.
2 biji limau nipis
5 helai limau purut.
1 kiub perencah tom yam knorr/Maggi.
3 cawan air.
Garam dan serbuk perasa.
Minyak untuk menumis.
5 – 10 biji Cili Padi – Tomyam wajib la pedas

CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan merah hingga perang dan berbau wangi.

2. Masukkan ayam ke dalam kuali dan kacaukannya hingga separuh masak.


3. Masukkan air sehingga mendidih dan kemudiannya masukkan serai, daun limau dan bawang besar.


4. Kemudian masukkan kiub tomyam knorr dan perahkan limau serta cili api.


5. Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa.  Biarkan mendidih sehingga masak sepenuhnya.

Nikmati Tomyam bersama nasi panas

RESEPI TOMYAM SAYUR

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.
BAHAN-BAHAN

200 gm isi  - dipotong kecil dan digaul dengan sedikit garam

bunga kobis secukupnya – dipotong ikut kesesuaian

4 jagung muda - dipotong

Sayur sawi – dipotong secukupnya

1/2 batang seleri - dipotong serong

1/2 biji cili benggala - dipotong kiub

1 biji cili merah - hiris

1/2 batang lobak merah – Potong bulat atau 4 segi

1 kiub perencah tomyam knorr/maggi - ni ikut banyak mana air nak letak

3 ulas bawang putih - diketuk

2 batang serai- dititik

6 helai daun limau purut

Tomato sebiji potong 2

4 hirisan lengkuas - diketuk sedikit

1/4 hirisan bawang besar

minyak untuk menumis

garam dan air

1 Biji Limau Nipis – Tomyam mesti ada ciri asam


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai dan bawang besar hingga wangi. Masukkan perencah tomyam, daun limau purut dan ayam. Kacau dan biarkan seketika agar ayam separuh masak.

Masukkan sedikit air, tambah sayuran seperti bunga kubis, carrot dan putik jagung. Biarkan hingga empuk.

Setelah agak empuk, masukkan semua bahan dan tambah air ikut mana yang diperlukan. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam. Jika suka lebih masam, boleh tambah sedikit jus perahan limau nipis.

RESEPI TOMYAM CAMPUR

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam]; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek. 

BAHAN-BAHAN
Ayam - potong dadu – saya suka ada tulang sikit
Udang - beberapa ekor
Perencah tomyam
Kiub tomyam
3 ulas Bawang putih  - Diketuk shj
Bawang besar holland (kuning) setengah labu - dipotong
1 Biji buah Tomato
1 Batang Lobak Merah dipotong memanjang
Bunga kobis – Potong sesuai
Buah Jagung Mudah  - belah 2
Batang Saderi  - potong2
2 Batang Serai  - Ketuk
8 Helai  Daun limau purut
2 Biji  limau nipis  - Perah jus
Garam
Gula
Minyak masak
10 Biji Chili Padi – Tomyam kena pedas baru sodap

CARA-CARANYA:
1.Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.

2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.

3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.

4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar. Angkat dan hidangkan.

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT/ KUNING

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT/ KUNING
BAHAN-BAHAN
o   Sotong 500 gram -buang dakwat and potong 3 bahagian
o   Bawang Besar 1 Biji -Hiris Nipis
o   Bawang Putih 3 ulas - Hiris Nipis
o   Halia 1 inchi
o   Cili padi 2 biji - if nk pedas
o   Kunyit serbuk
o   Sos tiram
o   Sos ikan / sotong kalau ada
o   Garam
o   Gula secubit
o   Air sedikit
o  Minyak

CARA-CARANYA:
1. Bersihkan sotong Dan buangkan dakwat sotong. Kemudian potong sotong 3- 14  bahagian ikut saiz sotong

2. Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit

3. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar,bawang Putih ,halia,cili padi seketika

4.Masukkan sos tiram 2 sudu besar,sos ikan.Kacau seketika Dan masukkan gula sedikit. Masukkan air sedikit sahaja

5. Masukkan sotong tadi Dan kacau seketika.Tak perlu lama pun kacau  sehingga sotong kembang sikit. Tutup api Dan bolehlah dihidangkan 

RESEPI SOTONG KETUK SERAI

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN-BAHAN
o   1kg sotong segar (cabut kepala, buang tulang dan giginya)
o   5 biji bawang merah
o   3 biji bawang putih
o   2 keping asam gelugur
o   2-3 batang serai
o   Air secukupnya untuk kuah
o   Garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
o  Beberapa biji lada hidup atau cili padi - jika mahu pedas

CARA-CARANYA:
1. Sotong dibersihkan dan tos.

2.Bawang merah dan bawang putih dimayang halus, serai diketuk.

3.Didihkan air, campur bawang, serai dan asam keping. Masukkan sotong, garam dan sedikit gula melaka.

4.Masaklah seperti biasa hingga sotong masak tapi jangan terlalu lama, kerana sotong akan liat.

5. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan cili padi. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

RESEPI SOTONG HALIA

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN-BAHAN
o   500 gram sotong
o   1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
o   3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
o   1 cm halia – hiris halus
o   1 cm kunyit hidup – tumbuk halus
o   ½ sudu teh jintan putih
o   1 tangkai cili merah - hiris
o   1 tangkai cili hijau - hiris
o   1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
o   ½ cawan air
o   Garam secukup rasa
o   Gula secukup rasa (jika suka)
o   Minyak masak untuk menumis

CARA-CARANYA:
1.Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.

2.Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.

4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.

5. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas