Wednesday, April 25, 2018

RESEPI AYAM KAPITAN

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
BAHAN BAHAN
  • 900 g ayam-potong kecil
  • 150ml santan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh daun limau purut
  • 1 sudu teh daun kunyit
  • 1/2 sudu teh gula merah
  • 1/2 sudu teh jus limau nipis

BAHAN (A) DIKISAR
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan cili kisar
  • sedikit garam
  • 2 sudu teh belacan
  • 2 batang serai
  • 2 sm halia
  • 2 sm lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
  • Ayam dibersihkan.Toskan hingga kering.
  • Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.Perapkan selama 1/2 jam.
  • Kemudian goreng ayam dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.Goreng bawang hingga berbau.Masukkan cili kisar dan ayam.Gaul hingga sebati.
  • Tutup kuali selama 7 minit dengan api yang sederhana.
  • Masukkan santan,daun limau purut,daun kunyit,gula merah,garam dan jus limau. Masak dengan api perlahan sehingga ayam masak.
  • Hiaskan dengan bawang goreng sewaktu menghidang.