Showing posts with label RESEPI KEK. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEK. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

KEK KACANG TANAH


BAHAN BAHAN
Loyang 22-23 cm
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur Gred B
1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
200 g mentega
1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar)
2 sudu kecil esen vanilla

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  • Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  • Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  • Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


Thursday, April 11, 2019

RESEPI KEK BATIK HIJAU RASA HORLICKS


BAHAN BAHAN
1 Peket biskut Marie
4 biji telur
125gm  mentega
3/4 cawan susu pekat ( kalau rasa nk kena potong kaki letak laa lebih 😛 )
2 cawan Horlicks
1/2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Perwarna hijau secukupnya

CAR NYA :

Cairkan mentega dalam periuk,  masukkan susu pekat dan gaul sebati. (Guna api sederhana jurr).

Masukkan tepung dan Horlicks dalam periuk. Gaul sehingga sebati, pastikan tak berketul.

Kacau kacau kacau sambil masukkan telur satu-persatu. (Kena selalu kacau tau takut telur masak pulak).

Masukkan esen vanila dan pewarna hijau. Gaul gaul gaul, pastuu tutup api.

Last sekali, masukkan biskut yang dah dipatah-patahkan td. Kacau sebati dan alihkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak atau plastik.

Tekan tekan sikit bagi dia betul betul mampat dan simpan dalam peti sejuk.. Biarkan 2-3 jam dalam peti baru boleh keluarkan.siap

RESEPI KEK KUKUS MILO

BAHAN BAHAN A

1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

BAHAN BAHAN B
1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
1 sk serbuk bikarbonat
1 sk serbuk penaik

BAHAN BAHAN C
3 biji telur
1 sk esen vanilla

LANGKAH- LANGKAH :
campurkan semua bahan A dlm periuk dan kacau sehingga sebati dgn keadaan api sederhana..Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.

sementara tgu bahan A sejuk sedikit, dlm bekas lain pecahkan 3 biji telur dan ltk esen vanilla ( spt di bahan C ) .kepuk sehingga kembang yer.Selepas selesai kepuk, campurkan kedlm bahan A yg telah disejukkan td dan kacau.

Selepas itu, masukkan pula bahan B ke dlm acuan bahan A dan bahan C td, kemudian kacau sehingga sebati..Kalo rajin blh kacau sehingga xde gelembung2 tepung tu..Aku xdenye rjn nk tgu lm..asalkan sebati semua tepung tu dlm acuan coklat dh memadai..hehehe

Kemudian sapu loyang ( aku ltk dlm bekas plastik microwave tu je ) dgn marjerin sbb xnk nanti acuan melekat.lagipon sng ckit nak tanggalkan bile dh masak..

Selepas dh sapu dgn marjerin, tuang acuan td ke dlm bekas / loyang tersebut. Jgn lpe sblm buat semua ni, korg pnskan dulu air utk kukus ye.so sng lah nt air dh tersedia ble acuan kek dh siap.

Bile air dh menggelegak, blhlah letakkan acuan kek td ke dlm bekas pengukus tu dan kukus paling lama sejam..Kalo nk thu kek tu dh masak blm, korg try cucuk dgn garfu.Kalo x melekat tu maknanya dh masak lah..

tips ; sila tutup bks loyang tu dgn aluminium foil ye sb xnak bg air wap tu masuk dlm kek, nt kek korg x menjadi ler..ni tips penting ye, jgn abaikan..
Sementara tgu kek masak jom kita buat topping dia plak.

Topping
- 1 cawan milo
- 2 sb minyak masak
- 3 sb air
- 1/2 cawan susu pekat

Campur semua bahan tu..masak secara double boiler yer..Agak2 dh berkilat blh la tutup api..

Bila dh masak kek milo kukus tu sejukkan terlebih dahulu..Bila dh sejuk ckit, terbalikkan kek tersebut lps tu baru ltk topping yer..Lepas tu blh la hias nk ltk coklat rice ke ape ker.

RESEPI KEK KUKUS BUAH


BAHAN BAHAN
500g pure butter
600g tepung gandum
600g gula pasir ( bahagi kpd 2 bahagian...  300g untuk dibuat gula hangus n 300g untuk dipukul bersama mentega)
6 biji telur Gred A
2 sdt rata baking soda
2 sdt rata cream of tartar
2 sdt esen oren (nk tambah esen vanilla n serbuk buah pala pun boleh tp saya tk suka serbuk buah pala :)

100g almond nibs (badam cincang)
350g blackcurrants
100g ceri merah,  dipotong dadu
100g ceri hijau,  dipotong dadu
100g kulit limau,  dipotong dadu
Ambil sedikit tepung dari 600g n gaul rata pada bahan yg bertanda n ketepikan.  Tujuannya supaya buah tk mendap kebawah...

CARANYA :
Ayak tepung gandum, baking soda n cream of tartar, ketepikan...

Dlm satu bekas yg besar... satukan butter, 300g gula n esen oren (jika nk letak esenvanilla n serbuk buah pala,  masukkan sekali) pukul setakat rata jer, tk perlu hingga kembang yer...

Masukkan telur satu persatu,  pukul sekejap setakat rata jer.Masukkan tepung n gaul rata...
    
Masukkan buah kering n gaul rata...  Last sekali masukkan gula hangus,  kacau sebati...

Tuang kedlm loyang 8x8" yg telah digris n dialas baking paper,  tutup loyang dgn plastic atau alum.  foil n ikat dgn tali rafia. Kukus dg api sederhana selama 4 jam...

Check air kukusan,  jika sudah surut tambahkan dgn air panas yer (jika nk tambah air panas,  angkat kukusan sahaja,  jgn sesekali buka penutup kukusan...


Adunan ini dpt 2 loyang berukuran 8x8", boleh jer kukus 2 tingkat sekaligus...

RESEPI BLUEBERRY LEMON CAKE

BAHAN-BAHAN
2 cawan Tepung Naik Sendiri, diayak
1 - 1 1/2 cawan Fresh Blueberries
1 1/3 cawan Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk (Jika tiada Buttermilk boleh cuba buat Homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini)
Parutan halus Lemon Zest dari sebiji Lemon (pastikan jangan parut kulitnya sehingga kebahagian putih, nanti pahit)
Lemon Jus dari sebiji Lemon

CARA PENYEDIAANNYA:-
Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray dengan butter dan tepung. Boleh guna baking tray biasa saiz 9 inci atau bundt pan.

Ambil 1 sudu besar tepung naik sendiri dari yang telah diayak dan taburkan dalam bekas berisi blueberry, gaul rata (Ini untuk mengelak blueberry tenggelam sewaktu proses membakar). Dalam mixing bowl masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon jus, lemon zest dan buttermilk.

Kacau menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati tapi jangan overmix, nanti cake menjadi kering. Akhir sekali masukkan blueberry dan dikacau perlahan dan sebentar saja. Kemudian tuangkan kedalam pan yang telah disediakan.

Bakar selama 30-40 minit atau hingga cake masak. Blueberry Lemon Cake ini akan lagi sedap dimakan selepas disimpan semalaman. Simpan dalam bekas kedap udara.


(NOTA: Cara membuat homemade buttermilk: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup (1 cup) dan tuang fresh milk hingga penuh, dikacau, kemudian biarkan sekurangnya selama 5 minit sebelum digunakan)

RESEPI KEK DURIAN

BAHAN BAHAN

5biji telur
250g tepung naik sendiri(tpung kek)
180g gula halus
1sudu besar overlet
1sudu kecik baking powder
1sudu kecik asen vanila
1cwn isi durian
50ml susu cair
2sudu besar susu a
7sudu besar minyk masak
Isi durian utk hiasan di ats
Loyg 8 inci
Kertas minyak

CARA CARA
Pukul telur smpai kembng pas tu masukan gula,overlet,susu pekat pukul lg smpai debating masukan tepung dgn baking powder pukul sebati last skali masukan minyak pukul dgn senduk kayu kaedah kaub balik bakar suhu 150 1jam

Saturday, April 06, 2019

KEK LAPIS SARAWAK



BAHAN BAHAN
Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

CARA PENYEDIAAN
1. Telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih
2. Adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. Masukkan butter dan dikacau sebentar.
4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.
5. Untuk membuat 2 warna, bahagikan dua dan diwarnakan mengikut warna kesukaan.
6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat.
7. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

RESEPI PUDING AISKRIM OREO

BAHAN BAHAN

1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)

PROSES PENYEDIAAN
Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.

Oreo dikisar dlm pengisar kering.Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.

Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.

Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyangDah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap

Monday, March 25, 2019

KEK KURMA LEMBUT

BAHAN BAHAN
5 biji telur
1 cwn gla
1 cwn myk msk
1 cwn kurma yg di rebus di lenyek
2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu esen vanila

CARA PENYEDIAAN
Putar telur gula hga gebu masukkan esen vanila.

Masukkn kurma putar perlahan. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn beking powder dan soda bicarbonat

Last sekali masukkn minyak putar sekejap saja.

Sapukan loyang dgn majerin alaskan loyang dgn kertas supaya kek x melekat

Bakar 160c selama 40-45 mnt.

Saturday, March 23, 2019

KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN BAHAN
5biji telur
1sk ovelet
1sk serbuk penaik
1cwn susu pekat manis
1cwn Biskut Tiger-hancurkan jd serbuk 
1cwn tepung kek
1sk Esen vanila
1/2cwn gula
1cwn planta-cairkan
Haw flakes secukupnya 

BAHAN BLEND
Telur,ovelet hingga kembang
Masuk gula,susu,palnta cair
Bland lg last masukkan biskut n tepung
Bland lg...kukus dlm loyang pilihan
5minit bersama asam manis

Friday, March 22, 2019

RESEPI KEK LAPIS CHESSE OREO

BAHAN BAHAN
450g Mentega Berkualiti
240 g gula halus (sudah dikurangkan)
2 sudu ovalette
250 g cream cheese
10 Biji Telur
5 sudu makan susu pekat
250 gm tepung hong kong
50 g tepung aiskrim vanilla
1 oz air sejuk (peti ais) / 25 ml
Sedikit cheddar utk lapisan atas sekali (ikut kesukaan)/ Untuk setiap lapisan oreo
3 bungkus oreo di buang inti

CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukan ovalate pukul sampai sebati,

Masukan cream cheese pukul smpai sebati

Masukan telur satu persatu dan Masukan susu pekat sampai sebati

Masukan tepung hong kong, tepung aiskrim vanila sebatikan lepas tu Masukan air sejuk pukul sampai sebati

SETIAP 3 LAPISAN LETAK OREO DAN PARUTAN CHEESE CHEDDAR

1 lapisan bersamaan 7 sudu makan (1 cawan kecil)
Panaskan Oven Suhu 160 C 10 minit
*ikut kesesuaian oven masing-masing
Untuk Lapisan pertama bakar GUNA API ATAS BAWAH

Lapisan Kedua hingga Habis Guna API ATAS SAHAJA
Setiap lapisan mengambil masa 7-10 minit utk masak

RESEPI KEK NENAS


BAHAN BAHAN
lapisan bawah
1 Sudu mentega
1/2 cawan  gula perang
1 tin nenas bulat
sira ceri

LAPISAN ATAS
2 Cawan tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 Cawan mentega..lembutkan
1 Cawan gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 cawan jus nenas

CARA CARA
Untuk lapisan bawah: Griskan loyang Kek dengan mentega dan taburkan gula Perang didasar loyang..Susun kepingan Nenas pada lapisan pertama dan letak Ceri ditengah lubang nenas tu.

Untuk Lapisan atas ayakkan tepung serbuk penaik..ketepikan

Didalam mangkuk lain..putarkan Mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan bahan yang diayak tadi. Telur esen vanila dan jus nenas.. Gaul sebati.

Tuangkan adunan mentega kedalam Lapisan bawah dan bakar selama 45 minit Pada suhu 175°C..cucukkan dengan lidi ditengah kek..bagi memastikan kek masak atau tidak..jika bersih..tanda dah masak. Sejukkan baru diterbalikan kek tu.


Thursday, November 01, 2018

RESEPI KEK CEMPEDAK

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.


RESEPI KEK CEMPEDAK

BAHAN-BAHAN:
1/2 mangkuk mentega&majerin
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula castor
1/2 mangkuk telor-asingkan
1 mangkuk isi cempedak-kisar kasar
1 st baking powder
1 st esen vanila
pewarna kuning
1 bji kuning telor + air sdikit

PROSES PENYEDIAAN
Pukul putih telor dulu hingga pekat..ketepikan.

Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan kuning telor satu persatu dan esen vanila pukul lgi.

Masukkan pula isi cempedak pukul slow, masukkan pula tepung, putih telor dan pewarna kuning,kacau slow.

Tuang dlm loyang size 10inci dan bakar.

Bila kelihatan kekuningan sapu kuning tlor+air tdi dipermukaan kek dan bkar lgi hingga masak.