Showing posts with label MASAKAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN MELAYU. Show all posts

Tuesday, May 21, 2019

RESEPI MEMBUAT LEMANG

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha . Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan.  Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan jolokan "Kota Lemang". Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 

BAHAN BAHAN
  • 1 kg beras pulut
  • 3-4 biji kelapa (ambil santannya)
  • 2 batang buluh sederhana besar
  • Garam

CARA MEMBUAT
  • Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  • Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  • Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan dan jangan terlalu penuh.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  • Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan dan di padatkan dengan mehetak pelahan buluh tersebut agar masaknya sama rata.
  • Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

Tuesday, April 09, 2019

LAKSA JOHOR ASLI

Laksa johor original menggunakan ikan parang sebagai bahan utama di samping tulang ikan kurau untuk memberi rasa kepada kuah laksa dan penggunaan spageti sebagai laksa nya. kepekatan kuah laksa, kuah laksa johor lebih pekat berbanding kuah laksa penang sebab kita makan laksa ori johor ni guna tangan sahaja. Kuantiti bahan resepi laksa ori johor ini adalah untuk 3kg ikan dan anggaran 18-20 orang makan.Anda boleh ubah kuantiti ikut kemahuan ya.
BAHAN BAHAN
  • 3 kilogram ikan kembung
  • 3 batang serai saiz besar – diketuk
  • 3 senduk gulai cili kisar
  • 2 senduk gulai serbuk kari jenama Babas
  • 200 gram tulang ikan kurau
  • 1 liter santan pekat liter air untuk rebus ikan
  • 1 senduk gulai kerisik
  • 5 kepinga asam keping
  • 3 cawan minyak masak
  • Gula garam penambah perisa secukupnya

BAHAN SAMPINGAN DAN ULAM-ULAMAN LAKSA JOHOR :
  • 4- kotak spageti secukupnya. Rebus dengan sedikit minyak dan toskan
  • Bunga kantan dihiris halus
  • Daun kesum dihiris halus
  • Daun selasih dihiris halus
  • Bawang besar dihiris halus
  • Taugeh – Tak perlu celur (Buang akar dan tos )
  • Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong utk laksa Johor)Kalau Nak potong suka hati pun boleh.

BAHAN RESEPI SAMBAL BELACAN :
  • 10 biji cili padi
  • 15-20 biji lada merah
  • 1 inci belacan bakar

Potong pendek cili dan goreng sehingga layu. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar bersama sedikit air masak.

Kisar halus dan perasakan sedikit ikut

BAHAN-BAHAN KISAR :
  • 8-10 biji bawang merah besar  anggaran saiz bola pingpong.
  • 15 ulas bawang Putih
  • 2 jnci halia
  • 2 cawan udang kering tebal

Kisar semua bahan di atas dan ketepikan dahulu.

CARA PENYEDIAAN LAKSA JOHOR
  • Rebus dulu ikan sehingga masak dengan 1 liter air untuk 3kg ikan. Baru asingkan isi ikan pada satu bekas dan bekas lain untuk tulang serta kepala ikan.Kisar tulang dan kepala ikan bersama sedikit air rebusan.
  • Dan tapis untuk masukkan ke dalam kuah laksa.Kisar juga aair dan isi ikan.Yang ni tak perlu tapis.Simpan baki air rebusan ikan.
  • Rendam dulu tulang ikan kurau dengan air dan sedikit garam dalam anggaran sejam untuk kurangkan rasa masin.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan serai yang diketuk dan cili kisar.Masak hingga mula pecah minyak dengan api sederhana.
  • Tambahkan serbuk kari dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.
  • Baru masukkan isi ikan kisar,hasil tulang dan kepala ikan kisar ,santan,tulang ikan kurau,asam keping,kerisik dan juga baki air rebusan ikan. Jangan masuk kesemuanya.Ikut tahap kepekatan kuah laksa johor yang kita mahu.
  • masak hingga mendidih baru perasakan dengan garam gula serbuk perasa ikut selera.Bila dah pekat , tutup api.
  • Dah siap semuanya, barulah boleh hidang dengan spageti tadi,ulam ulaman beserta sambal belacan dan asam limau kasturi.

Friday, March 22, 2019

BISKUT SUSU

BAHAN BAHAN
  • 500gram – Tepung Jagung
  • 1 cup – Buttercup
  • 1/2 tin- Susu Pekat

BAHAN TAMBAHAN
Untuk bahan tambahan ini jika tiada pun tak apa, ianya hanya ditambah untuk menyedapkan lagi biskut susu ni
  • 1 sudu kecil – Esen Vanilla
  • Coklat Chip

CARA PENYEDIAAN
  • Pastikan buttercup berada dalam keadaan suhu bilik 
  • Masukkan buttercup kedalam bekas dan susu pekat (ikut pada kemanisan yang korang nak)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung
  • Masukkan Esen vanilla dan coklat chip
  • Adunkan bahan tersebut sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. ( biarkan seketika selepas adunan siap)
  • Buatkan doh kecil-kecil diatas dulang pembakar.
  • Tekan doh menggunakan hujung garfu Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.

RESEPI PENGAT PISANG

BAHAN BAHAN
  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
  • Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu

BAHAN KUAH
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

CARA MASAK
  • Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus terlalu lama.
  • 2Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  • Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  • Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan. Gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah.
  • Biarkan mendidih seketika. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.
  • Selamat mencuba

Thursday, November 01, 2018

RESEPI KUIH LAPIS LEMBUT

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: ç²¿ KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. 
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

CARA MENYEDIAKAN KUIH LAPIS SUKATAN CAWAN
  • Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  • Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
  • Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan..

RESEPI ABUK-ABUK UBI KAYU

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: ç²¿ KUA) adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih, kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi atau pulut. Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan. Banyak kuih yang manis, tetapi ada yang manis.
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan ubi kayu parut | ditapikan supaya airnya keluar
  • 1/2 biji kelapa | diambil santannya
  • 1 ketul gula kabung | dikikis
  • Beberapa helai daun pisang | dilayur atas api
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
  • Campurkan ubi parut bersama santan dan garam. Gaulkan rata.
  • Buatkan kelonsong daun pisang berbentuk tiga segi dan sendukkan adunan ubi ke dalamnya.
  • Masukkan gula kabung dan letakkan satu sudu adunan lagi.
  • Kemaskan balutan dan kukus selama 25 minit.
  • Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan..




RESEPI ASAM PEDAS SAWI JERUK

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
BAHAN-BAHAN:
  • 3 - 4 keping ikan pari - bersihkan dan toskan
  • 3 kelopak sawi jeruk
  • 1 kuntum bunga lawang - belah menjadi 2 bahagian
  • 3/4 cawan pes asam jawa
  • 1 ikub ikan pati bilis – optional
  • 2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan bila tak suka pedas
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam - tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia

CARA MEMBUAT ASAM PEDAS SAWI JERUK
  • mula-mula potong ikan pari dengan saiz sederhana kemudian perap dengan jus limau nipis selama lebih kurang 20 minit. cuci sekali lagi hingga benar-benar bersih dan toskan. potong sawi jeruk menjadi bahagian kecil-kecil kemudian rendam dan ketepikan.
  • panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus hingga naik bau. kemudian masukan serbuk lada hitam bersama cili kisar. selepas tu kacau hingga rata dan naik bau (gunakan api kecil)
  • masukan 3 cawan air kacau dan biarka hingga air mendidih. kemudian masukan sawi jeruk yang sudah di toskan airnya dan diperah bersama ikan pari. masak sebentar dan masukan pes asam jawa.
  • masukan kiub ikan bilis dan bunga kantan. perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • akhir sekali, masak hingga ikan masak dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas


RESEPI BUBUR LAMBUK

Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa. Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain.
BAHAN-BAHAN:
  • 3 ulas bawang merah
  • hiris 3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawing)
  • santan 1/2 cawan
  • 200 gm daging - potong kecil
  • 2 genggam beras
  • 2 cm halia – hiris
  • sedikit udang kering - tumbuk halus
  • sedikit halba
  • segenggam lobak masin - hiris nipis
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu teh lada hitam2
  • ulas bawang putih - hiris

CARA MASAK BUBUR LAMBUK
  • mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.
  • kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.
  • bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.
  • akhir sekali, bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.
  • bagaimana mudah je kan? resepi bubur lambuk yang saya kongsikan dan jangan risau ketika masukan lobak masin sebab bila sudah masak lobak masin ini dianya tak masin. 

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
  • 3 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
  • 30 biji cili padi kampung/ kalau tak da, guna 20 biji cili padi vietnam (warna merah) campurkan dengan 5 batang cili hidup.
  • 1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • segengam ikan bilis halus

CARA MENYEDIAKAN
  • Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), masak hingga kentang empuk.
  • Kemudian, tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa...dan jika ok boleh matikan api.



Wednesday, October 31, 2018

RESEPI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
  • Air asam jawa secukupnya

BAHAN KISAR:
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai - dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu makan udang kering

CARA MEMBUAT
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga kelapa jadi ringan dan kering.
  • Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG KERING

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk di permukaan. Begitupun, ia tidak berbahaya. Tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.
BAHAN-BAHAN:
  • Sepeket tempe-dihiris halus
  • Segengam ikan bilis
  • 5-6 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Tempe yang dihiris halus, dimasukkan sedikit garam dan ditabur sedikit tepung. Gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng garing. angkat Kemudian goreng garing ikan bilis. angkat
  • Blender cili kering dan bawang.
  • Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula. perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak.
  • Tambah sedikit garam. Apabila lada sudah betul2 kering dan masak, masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata sebentar dan tutup api.

RESEPI PERUT AIR ASAM

Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau di kenali sebagai Nusantara. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang tersendiri - contohnya Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedah dengan Asam laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas, Johor dengan Mi Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedas ikan patin, Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.
BAHAN-BAHAN::
  • Perut muda - rebus dan potong
  • 8 biji cili padi kampung
  • Sebesar ibu jari belacan
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis - perah air
  • Air rebusan perut

CARA CARA:
  • Tumbukkan semua bahan kecuali air limau nipis sehingga hancur. Jangan terlalu hancur. Masukkan air rebusan secukupnya. Setelah itu, baru diperahkan air limau secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan perut muda yang telah dipotong kecil ke dalam air asam. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 22, 2018

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH SEDAP

Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa
 BAHAN-BAHAN
  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang - potong panjang
  • 1 batang karot - potong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang
  • 1 biji kentang - potong 8
  • 2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
  • 1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah - hiris
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup - buang kulit
  • 2 santan kotak
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

CARA CARA:
  • Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
  • Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.


Monday, April 02, 2018

RESEPI BUBUR CACA


Masakan Cina Malaysia berasal dari tradisi masakan pendatang Cina Malaysia dan keturunan mereka, yang disesuaikan atau diubah suai tradisi masakan mereka di bawah pengaruh budaya Malaysia serta corak penghijrahan China ke Malaysia. Disebabkan sebahagian besar rakyat Cina Malaysia adalah keturunan pendatang dari selatan China, masakan Cina Malaysia kebanyakannya berdasarkan himpunan kepelbagaian hidangan dengan akar umbi dari masakan Kantonis, masakan Hakka, masakan Fujian dan masakan Teochew.
BAHAN-BAHAN
  • Sepeket kecil bubur caca (300 gm)
  • Ubi kledek atau ubi keladi potong dadu,seketul
  • Santan 3 rm
  • Daun pandan 2 helai( koyakkan)
  • Gula ikut manis mulut
  • Garam secubit

PROSES PENYEDIAAN
  • Rendam  bubur cacaa dgn air sejuk
  • Rebus Ubi tadi,masuk gula,garam dau  pandan
  • Masuk bubur cacaa yg telah d rendam tadi. Biar kembang sekejap
  • Bila sudah lembut masuk santan pekat tadi,masuk 2 titik pewarna merah
  • Masak hingga melegak,,,,dah siap



RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI


Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
 BAHAN-BAHAN
  • Batang keladi - dibersihkan dan celur ( Kite beli yang dah siap siang....)
  • sedikit jus asam jawa
  • 5 sudu besar lada kering kisar2 batang serai - diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Daun kesom

BAHAN DITUMBUK HALUS
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumiskan serai serta bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. Biar hingga garing dan masukkan air secukupnya.
  • Biar hingga mendidih, masukkan batang keladi serta air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Jangan masak terlalu lama sebab batang keladi tu dah dicelurkan..

RESEPI NASI HUJAN PANAS


Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
BAHAN-BAHAN
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*
  • * hiris halus
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit kayu manis
  • sedikit buah gajus
  • sedikit kismis
  • 3 cawan beras basmathi(cuci bersih)
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 4 cawan air (bergantung pada beras juga.. kalau beras jenis lembik..kurangkan air)
  • 2 sudu besar orange sunquick (baca nota)
  • sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi di atas dapur...
  • Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia.
  • Masukkan rempah rempah  tadi, bunga cengkih, bunga lawing,  buah pelaga dan kulit kayu manis
  • Bila dah garing,masukkan gajus  dan kismis .bubuh garam secukup rasa. Masukkan oren sunquick. Kemudian masukkan susu dan  air. Kacau rata.
  • Bila dah mendidih, masukkan beras. Angkat periuk nasi dan masak atas periuk elektrik seperti biasa... gaul2 tau beberapa min. sebab nak pastikan nasi masak sekata...
  • Bila dah hampir kering, titiskan pewarna kesukaan anda..