Saturday, September 30, 2017

RESEPI NASI GORENG NENAS

Resepi Nasi Goreng Nenas merupakan salah satu menu kegemaran saya.Bagi mereka yang suka diet, nenas merupakan salah satu cara untuk mengurangkan lemak dalam badan.

Resepi ini sangat mudah dan cara penyediaan adalah sama dengan resepi naso goreng yang lain Cuma bahan bahan yang digunakan suda semestinya ada pertambahan iaitu buah nenas.

RESEPI NASI GORENG NENAS

BAHAN BAHAN
1 buah Nanas
200 gram udang buang kepala dan kulitnya
1 lembar daun bawang
200 gram ayam bahagian dada kemudian potong jadi   bentuk  dadu
1 buah tomato potong dadu
Nasi putih

BAHAN SAMBAL
5 ulas bawang putih dipotong hancur
Perasa  secukupnya
Garam secukupnya
Kicap manis
Kicap Masin

PROSES PENYEDIAAN
Belah dua nenas menjadi dua bahagian kemudia potong nenas dalam bentuk dadu secukupnya untuk masak nasi goreng nenas.

Tumislah bahan sambal hingga mengeluarkan bau wangi dan warnanya berubah agak menguning, lalu masukkan tomato, tumis kembali. Setelah beberapa saat, masukkan pula ayam dan udang. Setelah empuk dan masak seterusnya masukan nasi.

Tambahkan kicap jika warna nasi tidak sekata dan masukkan nanas dan daun bawang


Angkat dan nasi goreng siap disajikan.

RESEPI NASI GORENG MERAH

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.


Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

Bagi masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan telur sebagai bahan utama.

RESEPI NASI GORENG MERAH
BAHAN BAHAN

250-300 gram beras merah
4 ulas bawang putih, dicincang
2 biji bawang, cincang halus
1 keping cili merah, dicincang halus
6 ekor udang saiz sederhana di buka kulit
50 gram isi ayam dipotong dadu
1 sudu  sos ikan
1 sudu teh serbuk kari
4 daun kari
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar minyak kacang soya
Keropok dan limau secukup rasa.


PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan udang dan ayam.

Masukkan daun bawang, cili, daun kari, sos ikan, serbuk kari, kacau dengan baik.

Akhirnya, tambah nasi merah, kacau hingga sebati.Hidangkan keropok dan limau.

Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI KERABU

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.


Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

RESEPI NASI KERABU

BAHAN KUAH SAMBAL TUMIS
10-15  cili kering – di kisar
200 gm santan pekat
3 batang serai – di ketuk
2-3 keping asam keping
3-4  ulas bawang merah – di kisar
1 biji bawang besar – di kisar
1/2 labu bawang putih – di kisar
1/2 inci halia
2 sudu kecil garam bukit halus
2 sudu besar budu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
 minyak masak

CARA MASAK KUAH SAMBAL TUMIS
Tumis cili, bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
Masukkan air dan santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai dan asam keping hingga air mendidih.
Masukkan budu dan gula.
Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga pecah minyak. Tutup api.

CARA BUAT NASI KERABU
Masukkan 5 1/2 pot beras, 2 helai daun pandan, pewarna biru (boleh guna 7 kuntum bunga telang), dan air secukupnya ke dalam rice cooker.Masak seperti biasa.

BAHAN SAMBAL IKAN
1 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin – di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
5 batang serai
5 ulas bawang merah
2 1/2 sudu besar gula
2 1/2 sudu kecil garam

CARA BUAT SAMBAL IKAN
Goreng kelapa parut dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.

Masukkan serai, bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.

Masukkan ikan sardin dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.

BAHAN SAMBAL CILI
1/2 kg cili – di basuh
limau nipis/cuka
asam jawa
belacan
gula dan garam secukup rasa

CARA BUAT SAMBAL CILI
Cili, limau nipis, asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar.

BAHAN ULAM-ULAMAN
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

CARA BUAT ULAM-ULAMAN
Hiris halus kubis, timun, kacang panjang, daun kesum, dan bunga kantan. Gaul semua bahan.

Ulam-ulaman sedia untuk dihidangkan.

RESEPI SUP MANUK LIHING

Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. 

RESEPI SUP MANUK LIHING

BAHAN BAHAN
seekor ayam kampung 
sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun  
hirisan halia.

PROSES PENYEDIAAN
Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

Mengikut tradisi kaum Kadazan-Dusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.

Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini

RESEPI PINASAKAN SABAH


Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah . Ia merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ).

Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

RESEPI PINASAKAN SABAH

BAHAN-BAHAN
Ikan kembung atau Sardin, dibersih
Daun Pisang
4 helai Daun Kunyit
2 biji  Mangga  Buah Bambangan, dicincang
1 sudu besarMinyak masak
4 ulasBawang Putih, dicincang
1 biji   Bawang Besar, dicincang
4 sm   Halia, cincang
1 sudu kecilSerbuk Kunyit
5 biji  Cili Kering, dihiris kecil
50 g   Asam Jawa, dibuang biji
100 ml Air
3 keping Asam Keping

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula ikan harus dibuang isi perut dan dibersihkan terlebih dahulu. Asingkannya ke tepi.

Setelah itu, masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia panas. Kemudian tumis bawang putih, halia, serbuk kunyit dan cili kering sehingga naik bau.

Masukkan asam jawa, asam keping, MAGGI® CukupRasa™ dan air bersama ikan ke dalam tumisan tadi.

Kemudian di dalam periuk, susun sekeping daun pisang bersama daun kunyit dan buah bambangan. Letakkan ikan dan bahan-bahan yang dimasak tadi diatas daun berkenaan.

Tutup tudung periuk dan biarkan ia masak dengan api kecil lebih kurang selama 25 minit.

Pinasakan amat sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal.

RESEPI NOONSOM SABAH

Noonsom merupakan sejenis merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, atau lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).

Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.

RESEPI NOONSOM SABAH


Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.

Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.


Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

RESEPI HINAVA

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.


Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).

Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.

RESEPI HINAVA

BAHAN-BAHAN
Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

PROSES PENYEDIAAN
Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat./ hancur.

Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.

Kemudian dicampur dengan jus limau kapas. 

RESEPI BOSOU SABAH

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan dari ikan Kepayang ("Pangium edule") atau daripada daging mentah hasil perburuan.

RESEPI BOSOU SABAH
Cara membuat Bosou

Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. 'Panggi' iaitu sejenis bahan pengawet juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.

Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup kemas, kedap udara.

Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini kerana bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan, tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.

Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.


BAHAN-BAHAN
Ikan Sungai
Rebung muda - di potong-potong
Tuhau - potong-potong
Halia - potong mancis
Lada Putih
Sedikit Pangi
Nasi
Sedikit garam
Balang

CARA MEMBUATNYA
Ikan sungai yang masih mentah di potong sederhana, kalau boleh baik buang tulangnya.

Ikan yang telah di buang tulangnya, rebung muda, halia, nasi, tuhau dan lada putih di campur kesemuanya sekali dan da masukkan kedalam balang. Gaul sehingga sebati.

Pengunaan bahan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing seperti halia. tuhau, nasi dan rebung muda. Agak-agak agar tidak telalu sikit dan banyak.

Masuk sedikit garam dan panji dan gaul sehingga sebati.Tutup balang tersebut.

Simpan selama 2 minggu ( jeruk ) Selepas dua minggu siap untuk di hidangkan.