Tuesday, July 18, 2017

10 JENIS IKAN YANG SEDAP DIGORENG

10 JENIS IKAN YANG SEDAP DIGORENG

Semua ikan rasanya sedap dimasak dengan cara goreng. Tetapi 10 jenis ikan ini yang saya paling suka makan dan lagi sedap kalau makan sekali dengan cicah atau sambalnya. 10 jenis ikan yang dimaksudkan ;

1. Ikan Kerisi / Lutjanidae



Ikan kerisi mudah diperolehi dan banyak dijual dipasar pasar ikan.ada banyak jenis ikan ni. Ada yang dinamakan kerisi Bali. Ada du acara nak goreng ikan ni. Buka sisik dan goreng atau goreng begitu sahaja dengan kulitnya.

 
Sambalnya cukup sekadar perahan air limau campur cili dan garam ataupun guna air asam jawa.


2.  Ikan Belanak




Penduduk Sabah panggil ikan ini sebagai kembura. Banyak terdapat di perairan cetek dan jenis ikan yang bergumpul satu satu masa.  Kalau nak goreng letak sedikit garam dan serbuk kunyit.


3.  Ikan baranong / Belais



Ikan ini kadang kadang mempunyai duri yang berbisa tetapi isi ikan sedap. Perlu bersihkan perut kalau nak proses ikan ini untuk dimasak.isi perut agak berbau. Sedap goreng dan masak sambal.

4. Ikan Tenggiri




Ikan jenis ini jangan pertikai kesedapannya apabila digoreng. Memang sedap. Tetapi ikan ini agak mahal di jual di pasaran tempatan. Kalau nak murah terus ke jeti nelayan dan beli.


5.        Ikan Tuna



Keluarga ikan ini banyak sebenarnya tapi kalau ikut nama saintifik memang ikan ini berbeza dari keluarga ikan spesisnya yang sama. Nama nama ikan yang hamper sama dan semua sedap goreng adalah seperti ikan tongkol, ikan langkunis, ikan bakulan, Ikan Cakalang. Semua ikan ni muka sama tapi ada yang isi putih dan hitam.


6. Ikan Kembung



Ikan kecil tapi boleh la masuk senarai. Goreng kena garing sikit baru sedap. Ikan ini paling mudah diperolehi dan harga berpatutan.

7.  Ikan Bawal Putih dan Hitam



Ikan jenis ini pun sedap goreng dan memang ramai peminat seluruh dunia. Ada dua jenis ikan ini iaitu bawal putih dan hitam. Bawal hitam ikan paling tinggi mempunyai kolestrol.


8. Ikan  Kerapu






Orang cina suka makan ikan kerapu ini. Masak goreng dan selepas tu masak semula dengan pelbagai cara. Ikan kerapu paling disukai adalah jenis ikan kerapu sunu.


9. Ikan Jenahak atau ikan tanda


Ikan ini mempunyai isi yang lembut dan enak dimakan. Ikan ini banyak terdapat di tukun tukun yang dibuat sendiri atau kapal kapal karam.Kaki pancing suka memancing jenis ikan ini.

10. Ikan Pari



Ikan ini pun sedap dimakan dan rasanya ramai penggemar. Banyak jenis pari ada dalam pasaran. Perlu pandai memilih ikan pari yang sesuai untuk di goreng. Ada ikan jenis ini berbau dan tidak sesuai di masak.



1 comment: