Sunday, December 10, 2017

RESEPI LONTONG


Lontong alah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.
BAHAN KUAH
  • Santan dari 1 biji buah kelapa
  • 1 Pack Besar Tempe
  • 1 Pack Soon Pucuk Campur
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
  • Air Secukupnya
  • Sedikit Garam

BAHAN KISAR
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Batang Serai
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Biji Bawang Kecil

BAHAN LAIN
  • 1Biji Lobak Merah
  • sedikit  Kubis Bulat
  • 1 Biji Terung Besar
  • Seikat Kacang Panjang

PROSES PENYEDIAAN
  • Kisar semua bawang dan serai sehingga lumat. Didihkan air kemudian masukkan basar kisar dan lobak merah yang telah dipotong. Didihkan sehingga lobak separuh masak.
  • Masukkan semua sayuran dan tempe, didihkan sehingga semuanya masak. Masukkan santan, serbuk kunyit, soon dan pucuk campur. Masak sehingga mendidih.  Pastikan santan tidak berketul, gaul sentiasa. 
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan. Makan bersama nasi impit/ ketupat nasi.

RESEPI SUP SUHUN DAN KENTANG

SUP
Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.
Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur,nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.

RESEPI SUP SUHUN DAN KENTANG
BAHAN BAHAN
1 biji kentang - kupas dan potong kecil
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
ikan bilis
bawang besar - hiris
bawang putih - hiris
garam secukup rasa
cili merah - hiris serong
minyak untuk menumis
air secukupnya
rendam lembut
su'un
tauhu kering

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga naik bau. Masukkan bahan hiris (kecuali cili merah) dan ikan bilis, goreng hingga kekuningan. Masukkan air dan kentang. Biarkan mendidih dan kentang separuh masak.


Masukkan cili merah, su'un dan tauhu kering, biarkan mereneh sebentar sebelum di hidang.

SAMBAL KERANG THAI STYLE

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 300 gm isi kerang 
  • 2 batang serai - Tumbuk/Kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air 

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
  • Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Jika inginkan kuah, tambahkan air
  • Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.



RESEPI KERANG SAMBAL KARI


Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.

BAHAN BAHAN 
  • 200gm isi kerang segar 
  • 1 senduk besar cili kisar 
  • 2 sudu besar kari ikan
  • Sedikit air 
  • sedikit jus  asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Daun kari secukupnya 
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1/2 inci halia, diketuk 
  • 5 biji bawang merah- ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1/2 inci belacan - ditumbuk

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus, halia titik, dan juga daun kari hingga harum. 
  • Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga cili garing, gunakan api kecil.
  • Masukkan jus asam jawa dan air, kacau dan masak hingga pekat. 
  • Masukkan kerang dan bawang belah. Kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat.

RESEPI KETAM MASAK TAUCU

KETAM
Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

RESEPI KETAM MASAK TAUCU
BAHAN BAHAN
3 ekor Ketam bunga
Tepung Jagung
1 ulas Bawang Besar
4 ulas Bawang merah
1/2 inci Halia
Serbuk cili
Taucu
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Ikan
2 Telur

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ketam tu, potong dua, toskan kemudian digoreng seketik, angkat dan ketepikan. tumis bahan bawang tadi dalam kuali tempat menggoreng tadi dengan dikurangkan minyaknya. tumis hingga naik bau kemudian masukkan semua sos sampai pecah minyak.

sesuaikan dengan rasa kita dengan garam dan gulalast sekali barulah masukkan ketam yang digoreng tadi. Gaul sebati sebelum dimasukkantelur yang dipecahkan.

RESEPI KETAM CILI BERTELUR

KETAM
Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

RESEPI KETAM CILI BERTELUR


BAHAN BAHAN
4 Ekor ketam (di cuci dan di belah 2)
1 Ulas bawang besar (cincang halus)
3 Ulas bawang putih ( cincang halus)
5 sudu besar Cili giling
1/2 cawan air asam
Garam dan gula untuk perasa
1 biji telur ayam (di pukul)

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bila dah layu bawang besar tu, masukkan bawang putih, kacau rata.

Masukkan cili giling, api biar sederhana.bila dah pecah minyak, masuk air asam dan ketam.. tunggu sampai  ketam masak, tutup dengan penutup kuali supaya ketam cepat masak.

Bila dah menidih masukkan garam, gula, gaul rata. agak rasa secukupnya, dan ketam pun masak, pecah telur dalam kuah sambal, kacau rata telur dan gaul ke semua bahagian ketam biar bersalut. Siap untuk di hidang.. tutup api dan boleh di hidang.

RESEPI KETAM GULAI KUNING

KETAM
Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

RESEPI KETAM GULAI KUNING
BAHAN BAHAN
3 Ekor ketam bunga saiz sederhana
1 batang serai di ketuk
2 mangkuk santan segar
1 biji Asam Keping
serbuk kunyit secukupnya
sedikit air
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Masukan semua bahan dalam kuali dan panaskan sehingga mendidih.sekiranya ketam da bertukar warna dan santat telah naik minyak maksudnya da masak.Matikan api dan hidang.

UDANG MASAK BERLADA TOMATO

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

UDANG MASAK BERLADA TOMATO
BAHAN BAHAN
10 ekor udang kuning saiz L, bersihkan dan gaul sedikit garam kunyit, kemudian digoreng sebentar.
1/2 biji bawang besar, dipotong bulat
1/2 biji lada hidup, dihiris-hiris
1 biji tomato, dibelah 6
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau kasturi
2 biji bawang putih, dihiris halus
Daun salad dan timun untuk hiasan

BAHAN KISAR
10 biji cili padi
3 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan udang yang telah digoreng, air limau kasturi dan hirisan bawang besar, lada hidup dan tomato. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan. 



RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA

IKAN SIAKAP
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.
Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


BAHAN BAHAN
1 ekor Ikan siakap berat 500gm -siang dan goreng 
halia 1 cm-hiris
2 batang - ketuk
2 Ulas bawang  - Tumbuk
3 ulas bawang merah -tumbuk
1biji tomato - potong dadu
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
sedikit kicap manis secukup rasa
sedikit air 
sedikit air asam jawa
minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah dan halia. masukan sos tiram,sos cili dan kicap serta air

Masukan tomato dan air asam limau. masukkan serai dan biar mendidih dan agak pekat.adjust .kalau terlau pekat,tambah sikit air.

Akhir sekali tuang kan ke atas ikan. taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili besar utk hiasan.

SOTONG GORENG BERCILI

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang

SOTONG GORENG BERCILI
BAHAN BAHAN
400 gm sotong -saiz sesuai/sedang
minyak masak
25 tangkai cili padi – ditumbuk
1 sm kunyit hidup – ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 labu bawang besar – dihiris
2 tangkai cili merah – dihiris
asam jawa – dibancuh bersama air
gula secukup rasa
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan sotong buang dakwat dan tulang belakang  dan ketepikan buat seketika.

Panaskan minyak dan tumis cili padi, kunyit hidup dan bawang merah yang telah ditumbuk. Apabila tumisan naik bau, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah.


Kemudian, masukkan sotong, air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata kesemua bahan. Biarkan sehingga sotong masak.



RESEPI ASAM PINDANG IKAN SUSU

IKAN SUSU
IKAN susu atau milkfish dengan nama saintifiknya Chanos chanos adalah spesies tunggal yang hidup dalam keluarga Chanidae. Walau bagaimana pun spesies ini mempunyai banyak nama umum. Di Hawaii ia dipanggilkan ‘awa’.

Di Indonesia ia dikenali sebagai ‘bandeng’ dan juga ‘bolu’. Sementara di Filipina pula ia merupakan ikan kebangsaan dengan nama ‘bangus’.

Taburan Chanos Chanos atau ikan susu ini meluas di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dari Afrika Selatan ke Hawaii dan Marquesas, dari California ke Galapagos, utara ke Jepun, selatan ke Australia. Dari Asia Tenggara termasuklah negara kita Malaysia.

Ikan susu lazimnya hidup di perairan marin luar pantai tropika di seluruh pulau dan di sepanjang tebing benua, pada kedalaman 1-30 meter. Spesies ini turut sering memasuki muara sungai dan sistem sungai-sungai berair payau.

ASAM PINDANG IKAN SUSU
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan susu - dibersihkan dan di potong
2 batang serai - dititik
1 cekak pokok daun kesum
2 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK/KISAR
2 biji cili merah yang besar 
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
1 sudu besar belacan yang dah

PROSES PENYEDIAAN

Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk ,serai, air dan asam keping. Masak kuah sampai mendidih dn boleh di masukkan semua ikan ikan susu dan garam , kacau . Biarkan kuah mendidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

RESEPI AYAM MASAK MADU

AYAM PEDAGING
Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum

RESEPI AYAM MASAK MADU

BAHAN BAHAN
500gm ayam dan potong ikut sesuai anda
Garam
serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.

PROSES PENYEDIAAN
Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.

Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika. Siap untuk dihidangkan.