Masakan Asam pedas
amat terkenal di negeri Melaka. Sebut sahaja ikan Asam Pedas kita akan dapat
bayangkan tempatnya adalah di Melaka. Kali ini saya ingin kongsikan resepi dan
cara masak Ikan Tenggiri masak Asam Pedas. Selamat mencuba
RESEPI
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN
4 keping potongan
ikan tenggiri (dicuci)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji buah keras
(dihiris)
2 senduk nasi cili
kisar
250 ml air asam jawa
1 kuntum bungan
kantan (dibelah 4)
Beberapa helai daun
kesom (dibersihkan)
6-8 biji bendi
Garam dan gula
secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
PROSES PENYEDIAAN
Ikan yang telah
dicuci bersih, digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
Kisar cili kisar
bersama dengan bawang merah, bawang putih, belacan dan buah keras.
Panaskan minyak,
tumiskan bahan kisar hingga garing. Tambahkan sedikit garam dan gula.
Kemudian
masukkan air asam jawa. Kacau rata. Tambahkan ikan, daun kesom dan bunga kantan.
Kacau sekali sekala.
Kemudian boleh dimasukkan bendi. Biarkan hingga ikan masak.
Makanan siap dan
hidang bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment