Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI GORENG KIMCI



Kimchi bokkeumbap  ialah sejenis makanan yang popular di Korea. Namanya diterjemahkan secara harfiah menjadi "nasi goreng kimchi". Kimchi bokkeumbap diperbuat daripada kimchi dan nasi, bersama bahan yang lain seperti potongan sayur atau daging

Sisa nasi dan/atau kimchi yang terlebih matang sering digunakan sebagai bahan untuk menyediakan kimchi bokkeumbap.Kimchi yang terlebih matang juga digunakan untuk memasak kimchi jjigae. Malah, kimchi yang matang dan nasi sejuk menhasilkan rasa yang lebih enak berbanding nasi dan kimchi yang baru masak. Sebagai persediaan awal, lebihan "kimchiso" (hangul: 김치소, isi kimchi, kebanyakannya daikon, daun bawang dan jeotgal, dan makanan laut yang ditapai dan diasinkan) diambil daripada kimchi, dperah untuk mengeluarkan jusnya. Tanpa tindakan ini, masakan mungkin akan menjadi lembik.

RESEPI NASI GORENG KIMCHI

BAHAN BAHAN
3 sudu besar mentega
½ bawang, dicincang
1 cawan kimchi, dihiris kasar
½ cawan daging ayam, direbus dicarik
2 cawan nasi
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar minyak bijian
Telur digoreng dan hirisan daun bawang untuk hiasan

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bawang dalam mentega sehingga menjadi lembut dan berbau harum.

Masukkan kimchi dan daging ayam dan gaul mesra.Masukkan nasi dan kesemua bahan lain.

Gaul dan goreng sehingga nasi cukup kering. Hidangkan dengan daun bawang dan telur mata kerbau.

No comments:

Post a Comment