Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Nasi goreng pattaya ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng pattaya adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Ada sesetengah sumber mengatakan bahawa menu ini berasal atau diilhamkan dari Pattaya, Thailand. Walau bagaimanapun, tiada kesahihan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, keunikan bagi nasi goreng ini ialah nasi gorengnya dibungkus di dalam balutan telur dadar lantas memerangkap haba, aroma dan rupa nasi goreng itu sehinggalah yang memakannya memotong atau membelah telur dadar tersebut. Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Nasi goreng pattaya secara lazimnya dihidang begitu sahaja dengan sos cili yang sering membentuk tulisan di atas telur dadar itu. Namun, menjadi kebiasaan untuk nasi goreng pattaya ini dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada dan hirisan tomato. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

BAHAN-BAHAN
Sepinggan nasi yang dimasak tidak terlalu lembik
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
2 tangkai sawi, dipotong sederhana
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau

Masukkan isi ayam, kacau hingga masak. Masukkan sos tiram

Masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan sawi & cili padi

Masukkan nasi

Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati Angkat

PROSES MEMBUNGKUS NASI DENGAN TELUR
Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak. Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali

Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur yang telah dikepuk secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih panas di dalam kuali.

Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti yang anda lihat orang buat murtabak.


Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

No comments:

Post a Comment