Wednesday, September 13, 2017

RESEPI NASI GORENG TOMYAM


Nasi goreng tomyam ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng tomyam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng tomyam dililhamkan daripada perisa tomyam iaitu makanan yang diilhamkan dari Thailand. Nasi goreng tomyam dapat dikenali dengan rasanya yang mempunyai kemiripan tomyam itu sendiri. Lazimnya, rasa tomyam tersebut timbul daripada penggunaan rencah pes tomyam beserta penggunaan cili api atau cili padi, serai dan daun limau purut. Penggunaan daun ketumbar juga membantu menaikkan aroma dan bau yang unik. Hirisan limau juga turut menambahkan aroma dan pada masa yang sama memberi sedikit kemasaman untuk meniru rasa tomyam.

Tukang masak juga lazim meletakkan daging ayam, daging lembu, sotong, udang atau isi ketam ke dalam nasi goreng untuk memberi rasa dan sebagai sumber protein untuk nasi goreng itu. Nasi goreng tomyam secara lazimnya dihidang begitu sahaja. Namun, menjadi kebiasaan untuk nasi goreng dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada dan hirisan tomato. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.

RESEPI NASI GORENG TOM YAM

BAHAN-BAHAN
2 mangkuk nasi.
2 biji telur.
1/2 labu bawang besar (dihiris).
2 ulas bawang putih (dihiris).
1 1/2 sudu besar pes tom yam.
Sedikit kobis dan sawi (dipotong).
5 biji cili padi – diketuk.
1- 2 helai daun limau purut (dihiris halus).
1 batang serai (dihiris halus).
1 sudu besar sos ikan.
Sedikit hirisan lengkuas.
Beberapa ekor udang/sotong.
Minyak masak secukupnya.
Garam secukup rasa.

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.

Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.

Masukkan udang, pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.

Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.

Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.

Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment