Sunday, September 10, 2017

RESEPI AYAM GORENG PADANG


Resepi Ayam Goreng Padang merupakan resepi masakan dari Indonesia. Masakan menggunakan ayam kampung muda ini sangat sedap dan merupakan salah satu makanan popular di mana mana restoran padang. Selain menggunakan ayam kampung, ayam biasa pun boleh diguna, Cuma apabila kita menggunakan ayam kampung, rasa yang dihasilkan agak berbeza dan ada kenikmatannya disitu. Selamat mencuba

RESEPI AYAM GORENG PADANG
gambar sekadar hiasan
BAHAN-BAHAN
o   2 ayam kampung muda, dipotong 4
o   2 sudu besar jus lemon
o   2 biji telur, goncang sebentar
o   2 ruas lengkuas, parut
o   minyak goreng secukupnya, untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
o   1 ruas lengkuas dan parut halus
o   4 ulas bawang putih
o   ½ sudu teh lada putih
o   1 ruas kunyit
o   garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan  ayam, kemudian lumuri dengan rempah atau bahan yang ditumbuk halus tadi , jus limau, biarkan selama 30 minit sehingga bahan bahan sebati denga nisi ayam.

Celup ayam yang perap dengan bahan bahan tadi  ke dalam telur yang  dicampur dengan halia cincang.

Masukan minyak sehingga panas. Goreng ayam sehingga masak dan bertukar warna cokelat.

Siap untuk dihidang.Hias bersama daun kari atau bawang goreng 

No comments:

Post a Comment