Sunday, September 10, 2017

RESEPI LALA KAM HEONG

Kerang lala bagi saya amat sedap masak apa sekalipun ia akan sedap kerana rasa asli ada di dalam isi lala tersebut. Masak Sup, masak zambal dana pa sahajalah pasti akan sedap punya.
Kali ini saya ingin kongsikan satu resepi lala iaitu “Lala masak Kam Heong. Cara penyediaannya seperti berikut :

BAHAN BAHAN

  • 300 grm lala (dicuci & ditoskan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
  • 3 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 8 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji bawang besar (dipotong 6)
  • Garam dan Gula secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. 
  • Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata. Siap dan boleh hiding sedap dimakan panas panas.

No comments:

Post a Comment