Resepi Ayam Kuzi dimasak menggunakan rempah briyani. Resepi ini sangat mudah disediakan, yang penting bahan untuk memasak kena sediakan awal. Berikut bahan bahan dan cara memasak resepi ini dan boleh dicuba di rumah.
RESEPI
AYAM KUZI
Gambar sekadar hiasan
Sebelum masak, perap dahulu
beberapa bahan untuk memastikan bahan perapan dan rasa sebati.
BAHAN-BAHAN DIPERAP
o
1 ekor ayam, potong ikut
kesesuaian dan saiz ayam
o
3-4 ulas bawang putih
o
sedikit garam
BAHAN-BAHAN UNTUK DIGORENG
o
minyak masak secukupnya untuk
menggoreng
o
14- 15 ulas bawang merah, dihiris
nipis
o
2- 3 biji bawang besar, potong dadu
o
1/2 cawan kepingan badam (almond
slices)
o
1/2 cawan kismis
o
hati dan pedal ayam, potong empat
segi saiz sederhana
o
garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
o
4 - 5 ulas bawang merah, ditumbuk
halus
o
4- 5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
o
3 sudu besar rempah briyani,
bancuh dengan air menjadi pes
o
Air secukupnya
o
3/4 tin susu cair
o
120 gram (1 tin kecil) tomato
puri
o
2 batang serai, dititik
o
2 helai pandan, carik dan simpul
PROSES PENYEDIAAN
Bawang putih tumbuk hingga halus
bersama garam dan lumurkan pada ayam.
Perap seketika dan ketepikan.
BAHAN YANG DIGORENG
Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih yang panas.

No comments:
Post a Comment