Roti jala)merupakan
makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala
ialah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas
yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala
yang dimasak di atas kuali leper.
Roti Jala
sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari
atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya
semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.
Terdapat dua
jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur), dan kuah
gulai, terutama gulai ayam (terkenal di pantai barat.)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 3 cawan air
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Sedikit pewarna kuning
PROSES PENYEDIAAN
- Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega dan telur.
- Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan.
- Setelah sebati, panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.
- Masukkan adunan cair tersebut ke dalam bekas penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian layangkan tepung yang telah cair ke atas kuali rata tersebut.
- Kemudian setelah selesai, angkat dan bolehlah digulung segi empat atau dilipat segi tiga.
No comments:
Post a Comment