Sunday, September 10, 2017

RESEPI HATI AYAM BEREMPAH

Ramai penggemar hati ayam akan memasak mengikut citarasa mereka. Selalunya hati ayam yang biasa kita tengok adalah masak kicap, masak sos tiram dan beberapa resepi mudah. So Hari ni saya ingin berkongsi rseipi Hati Ayam berempah. Semoga membuka selera anda dan selamat mencuba…

RESEPI HATI AYAM BEREMPAH
Gambar sekadar Hiasan

BAHAN-BAHAN
o   500gm hati ayam (boleh campur dgn pedal ayam)
o   1 biji bawang besar
o   3 ulas bawang putih
o   8 ulas bawang merah
o   1/2 inci halia
o   2 sudu besar rempah kari ayam
o   1 sudu kecil serbuk jintan manis
o   2 sudu cili kisar / cili boh
o   1 tangkai daun kari
o   Garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Hati ayam dicuci bersih kemudian direbus hingga empuk, toskan airnya dan biarkan sejuk seketika.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, bawang merah dan halia dgn sedikit air. Boleh juga gunakan air rebusan hati ayam tadi untuk kisar bahan-bahan ini.

Campurkan bahan yang telah dikisar dgn hati ayam yg telah direbus. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, cili kisar, garam dan gula

Biar seketika bahan-bahan semua diperap.

Panaskan minyak (tidak terlalu banyak). Masukkan hati ayam yang telah diperap dan daun kari.

Kacau rata dan sekali sekala hingga rempah garing Jika cukup rasa boleh matikan api dan hidang dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment