Wednesday, September 13, 2017

RESEPI HINAVA

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.


Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).

Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau_Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dll.

RESEPI HINAVA

BAHAN-BAHAN
Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

PROSES PENYEDIAAN
Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat./ hancur.

Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.

Kemudian dicampur dengan jus limau kapas. 

No comments:

Post a Comment