Selain ikan dan udang, ayam juga sebenarnya sangat enak dan sedap dimasak sweet & Sour.
RESEPI
AYAM SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN
o
300g dada
ayam, potong dadu
o
3 sudu besar
tepung jagung atau tepung gandum
o
1/2 biji
capsicum hijau
o
1 biji
bawang besar
o
1 biji telur
o
3 ulas
bawang putih, hiris nipis
o
1 inci
halia, hiris nipis
o
1 biji
tomato, potong dadu
o
1 sudu besar
sos ikan
o
4 sudu besar
sos cili
o
2 sudu besar
cili kisar
o
1/2 sudu
besar serbuk lada hitam
o
Nenas,
potong dadu (pilihan anda)
o
Daun bawang
o
Garam dan
gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Perap ayam
yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam
yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng
sehingga garing. Angkat dan sejukkan
Untuk kuah,
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar
sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur.
Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga
pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi
lebih pekat.
Masukkan
ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan
hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.
No comments:
Post a Comment