Tuesday, September 12, 2017

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Nasi goreng kampung ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng kampung adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan ikan bilis turut digunakan. Sayur yang biasa digunakan pula ialah sayur kangkung. Nasi goreng kampung juga turut terkenal dengan kepedasannya akibat penggunaan cili api atau cili padi dalam masakan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta untuk tidak meletakkan cili agar kepedasan tidak terasa.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Nasi goreng ayam secara lazimnya dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada, telur goreng, hirisan tomato ataupun keropok, bersama sos atau sambal. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan. (Sumber  Wikipedia Bahasa Melayu)
RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN BAHAN
o   2 sudu besar ikan bilis
o   6 biji cili padi
o   3 ulas bawang putih
o   1 biji bawang besar
o   Dada ayam
o   ½ ikat kangkung
o   1 sudu garam
o   Nasi
o   3 sudu besar ikan bilis goreng

PROSES PENYEDIAAN
o   Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
o   Tumis hingga wangi.
o   Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
o   Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
o   Masukkan garam dan kacau.
o   Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
o   Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
o   Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment