Monday, September 11, 2017

RESEPI SAMBAL TEMPE, KENTANG & IKAN BILIS

Sambal tempe amat terkenal sebagai menu dan resepi orang jawa. Bukan sahaj dikatakan sebagai makanan awet muda malah banyak khasiat yang terdapat di dalamnya. Kalau makan begitu sahaj mungkin bosan juga. So apa kata cuba resepi ini untuk menambah rasa dalam masakan berasaskan tempe iaitu Sambal Tempe kentang dan Ikan Bilis.

RESEPI SAMBAL TEMPE, KENTANG & IKAN BILIS

GAMBAR SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
o   3 keping tempe - bungkus plastik (dipotong dadu)
o   2 biji kentang (dipotong jejari)
o   1 genggam ikan bilis
o   2 ulas bawang putih (ditumbuk)
o   4 sudu besar cili kisar / cili kisar
o   2 sudu teh gula
o   Garam secukupnya

PROSES PENYEDIAAN

Goreng tempe & kentang hingga garing. Angkat & toskan minyak. Kemudian basuh ikan bilis, gorengkan hingga garing. Angkat, toskan & ketepikan

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih yang telah ditumbuk. Biarkan hingga naik bau dan masukkan cili kisar, gula & garam.

Kacau hingga cili garing. Setelah garing campurkan tempe, kentang & ikan bilis yang telah digoreng awal tadi.

Kacau rata hingga semua sebati dengan sambal. Padamkan api & hidangkan

No comments:

Post a Comment