Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk
tambahan, kecuali telur goreng.
Nasi goreng
dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan
makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut
digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa
kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis,
udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
Bagi
masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng
sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng
kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan
telur sebagai bahan utama.
RESEPI
NASI GORENG NYONYA
BAHAN BAHAN
nasi putih
4-5 ekor udang
kicap cair
1biji telur
1 biji cili merah
bawang goreng
1 biji telur | dibuat
dadar
Minyak untuk
menumis
BAHAN KISAR
cili merah secukupnya
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang
putih
pes udang
Sedikit udang
kering
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan
tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan
kicap cair dan kacau rata.
Setelah itu masukkan
udang kering dan biarkan hingga berbau harum. Pecahkan
telur dan pukul hingga hancur. Kacaukan rata.
Masukkan nasi putih
dan kacaukan hingga sebati. Apabila
masak, angkat dan hidangkan bersama bawang goreng, hirisan cili merah dan juga
telur dadar.
No comments:
Post a Comment