Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk
tambahan, kecuali telur goreng.
Nasi goreng
dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan
makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut
digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa
kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis,
udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
Bagi
masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng
sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng
kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan
telur sebagai bahan utama.
RESEPI
NASI GORENG INDONESIA
3 cawan nasi
3 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
6 biji cili padi (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak,
tumis bahan tumbuk kasar hingga naik bau Masukkan
sos tiram dan sos ikan. Masak seketika
Masukkan nasi dan
kacau sehingga sebati. Selepas itu, buat lubang di tengah nasi goreng dan
masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati
bersana nasi goreng
Masukkan serbuk lada
sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing
Taburkan
dengan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan
No comments:
Post a Comment