Sup adalah
makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau
sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran
dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan
mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga
rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.
Secara
tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan
sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup
pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah
sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau
sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel;
dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang
biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur, nasi, lentil,
tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.
Sup adalah
serupa dengan stew, dan dalam beberapa kes mungkin tiada perbezaan yang jelas
antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, sup umumnya mempunyai cecair yang
lebih daripada stew. Sup Tulang
Pula adalah apabila tulang yang dimasak sekali bersama air dan bahan bahan
perencah . Berikut resepi sup tulang
RESEPI
SUP TULANG
o
1/2 kilo
tulang lembu dan kena ada isi sedikit
o
5- 6 ulas bawang merah (dihiris halus)
o
3 ulas
bawang putih (dihiris halus)
o
2 inci halia
(dikisar)
o
1 biji
bawang besar (dikisar)
o
1 sudu kecil
lada hitam biji (dikisar)
o
1 sup bunjut
Sup Tulang Adabi
o
3 sudu besar
rempah sup serbuk Adabi / Babas
o
4 biji buah
pelaga
o
1 batang
kulit kayu manis
o
1 kuntum
bunga lawang
o
6 kuntum
bunga cengkih
o
Garam
secukupnya
o
Beberapa
helai daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
o
Bawang
Goreng
PROSES PENYEDIAAN
Pilih dan
cuci Tulang bersih bersih & ditoskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk.
Kisarkan
bawang besar, halia dan lada hitam dengan sedikit air sehingga halus.
Tuangkan
bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang. Rebuskan tulang hingga separuh
empuk.Tambahkan
air jika kurang
Kemudian
masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, rempah
sup, sup bunjut dah garam secukupnya.
Kacau rata
hingga sebati semua dengan rempah. Biarkan hingga daging empuk.Setelah
daging empuk, rasa dan jika ok padamkan api.
Panaskan
kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga
garing.
Angkat
bawang tumis dan masukkan kedalam periuk sup tadi. Kacau sebati.
Hidangkan
dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment