Resepi ayam masak blackpepper atau lada hitam cendawan ini boleh dikatakan sebagai masakan mudah atau masakan cepat siap. Amat sesuai untuk golonga wanita yang bekerjaya yang mahu menyediakan masakan segera pada anak anak yang akan ditinggalkan di rumah.
Bahan utama yang ada dalam masakan ini ialah saderi dan cendawan.
RESEPI
AYAM MASAK BLACKPEPPER
sekadar hiasan
BAHAN-BAHAN
300 gram
ayam, potongan kecil
5 biji
cendawan segar, potong empat setiap cendawan
4 batang
saderi potong halus dan serong
3-4 ulas bawang putih, iris tipis
Halia 1
inci, iris tipis
1/2 bawang
merah, potong 4
1 sudu tea lada
hitam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu kecil
kecap manis
3 sudu minyak masak
sedikit
tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan
gula secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan
minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dengan menggunakan api yang besar
sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan
minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian
masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan
ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, saderi, minyak bijan dan kicap
manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang
sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung
supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan
dengan gula dan garam secukupnya.
Jangan menggoreng
terlalu lama karena saderi dan cendawan akan mengembang dan tidak segar.
No comments:
Post a Comment