Monday, September 11, 2017

RESEPI NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.


RESEPI NASI LEMAK
BAHAN BAHAN
o   4 pot beras (dicuci dan ditoskan)
o   3 pot pati santan
o   2 pot air
o   2 helai daun pandan (dicuci dan dikat simpul)
o   3 ulas bawang kecil (dihiris halus)
o   2 inci halia (ditumbuk)
o   Sambal Tumis (Resepi Sambal Sotong)
o   3- 4  biji telur rebus
o   1 biji timun (dibuang kulit & dihiris)
o   Kacang tanah (digoreng)
o   Ikan bilis (digoreng garing)
o   Seikat kangkung (dicelur) - optional

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan santan dan air ke dalam periuk nasi. Tambahkan bawang, halia, garam dan daun pandan. Kacau semua nya hingga sebati. Akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci bersih.

Kemudian dipasangkan suis periuk nasi dan biarkan hingga nasi masak / kering.

Bila nasi dah masak, gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi terlerai.

Dan hidangkan bersama bahan sampingan yang lain. Sedap dimakan ketika nasi masih panas.

No comments:

Post a Comment