Tuesday, September 12, 2017

RESEPI NASI GORENG AYAM

Nasi goreng ayam ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Berbeza dengan nasi ayam, jelas menunya merujuk kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran. Walau bagaimanapun, penggunaan ayam dalam hidangan yang membezakan nasi goreng ayamnya.

Sesetengah tukang masak hanya memotong ayam goreng dan dihidangkan bersama nasi goreng yang telah siap diletakkan di atas pinggan. Satu lagi variasi ialah tukang masak tersebut memasak sekali ayam yang telah digoreng itu ke dalam gaulan nasi goreng yang masih tengah dimasak. Ada sesetengah tukang masak pula memasukkan ayam mentah yang dijadikan rencah untuk nasi goreng itu sendiri.

RESEPI NASI GORENG AYAM
BAHAN BAHAN
o   3 pot nasi (lebih sedap jika nasi dimasak awal dan disejukkan)
o   2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar halus)
o   3 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar halus)
o   3 sudu besar cili kisar / cili boh
o   1 keping dada ayam (dipotong kecil)
o   10 ekor udang (dibersihkan)
o   5 biji bebola ikan (dibelah 2)
o   1 cawan sayur campuran / mix vege (carrot,kacang peas & jagung)
o   1 biji telur
o   1 sudu kicap cair
o   Beberapa helai daun sup & daun bawang (dihiris halus)
o   Garam secukupnya

AYAM GORENG
o   4 ketul ayam bahagian peha (dicuci bersih & toskan)
o   Sedikit kunyit & garam


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak dengan api sederhana, tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau.

Tambahkan cili kisar / cili boh & sedikit garam. Tumis cili hingga garing
Setelah cili garing, masukkan udang, ayam, & bebola ikan. Kemudian masukkan sayur campuran & kacau rata. Biarkan seketika hingga semua bahan empuk / masak.

Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga telur separa masak. Kemudian masukkan nasi & kicap cair

Gaul / Kacau hingga nasi sebati dengan semuanya. Akhir sekali masukkan daun sup & daun bawang.

Rasa dan jika kurang tambahkan garam / kicap cair. Kacau hingga nasi sempurna dengan semua bahan dan padamkan api.
Hidangkan bersama ayam goreng

Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan ayam hingga garing / masak.

Angkat & toskan minyak nya. Kemudian hidangkan ayam bersama nasi goreng dan sedikit sos.

No comments:

Post a Comment