Friday, December 15, 2017

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SAMBAL


SIPUT BULUH
Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SAMBAL

BAHAN BAHAN
5 cili kering
3 bawang merah
1 bawang putih
1 batang serai
400gm siput buluh  yang telah dibersihkan

PROSES PENYEDIAAN
Kisar semua bahan di atas kecuali serai. Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing.  Masukkan garam, gula dan sos tiram.

Masukkan siput buluh  dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.

RESEPI SIPUT BULUH SOS TIRAM


Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

RESEPI SIPUT BULUH MASAK SOS TIRAM

BAHAN BAHAN 
1kg siput buluh  dibersihkan
2 ulas bawang putih - potong nipis panjang *
2 Ulas Bawang Merah*
1 inci halia - potong nipis panjang *
4 tangkai cili kering - kerat, buang biji *
2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit kicap
secubit gula 
Minyak Masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar naik bau. dan pecah minyak.

Masukkan siput buluh, sos dan kacau balik biar sebati, masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , masak sambil dibalik sekali sekala biar siput buluh masak/terbuka kulit, padamkan api.



SIPUT BULUH MASAK KARI KERING

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"'  Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
  • 400 gm isi siput buluh (dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. 
  • Tumis daun kari bersama bahan bahan kisar hingga kering.Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan siput buluh dan sedikit air. 
  • Kacau rata2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

RESEPI SIPUT BULUH TUMIS

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
  • 500 gm Siput Buluh
  • 15 biji cili padi - tumbuk
  • 3 biji bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 batang serai - titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • sedikit air asam jawa 
  • garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau purut hingga terbit baunya. 
  • Kemudian masukkan air asam jawa, air, kicap cair dan siput. Kacau rata dan akhir sekali..
  • perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Dah siap... bolehlah dihidangkan ketika masih panas.

RESEPI SIPUT BULUH@PEPAHAT MASAK CILI

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya "'Ensis arcuatus"' 

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
  • 1 kilo pepahat (di rendam untuk membuang pasir)
  • 6 biji cili merah
  • 20  biji cili api
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 2 batang serai di titik
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 keping asam
  • garam 
  • gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Kisar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih dan halia. panaskan kuali, letak minyak
  • Tumis cili yang telah di kisar sehingga garing. Masuk kan asam keping. Masuk kan serai yang telah di titikdan Masukan pepahat
  • Masak sehingga pepahat kecut sedikit. Tak perlu tambah air kerana pepahat mengeluarkan air

LOKAN MASAK LEMAK CILI API

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.
BAHAN BAHAN
  • 300gm isi lokan basuh bersih
  • 20 biji cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga isi Lokan. 
  • Jangan lupa masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
  • Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga lokan masak boleh lah tutup kan api.

KEPAH MASAK BEREMPAH

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 1kg Kepah dibersihkan
  • Serai-kisar
  • Lengkuas-kisar
  • Bawang Merah-kisar
  • Bawang Putih-kisar
  • Halia-kisar
  • Cili Padi (mengikut kesesuaian citarasa, kalau nak pedas banyakkan cili api)- kisar
  • 2sd sos tiram
  • 2sd sos cili
  • 2sd kari
  • 1 kiub ikan bilis
  • Gula
  • Garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumis bahan kisar sehingga naik minyak 
  • Masukkan sos tiram, sos cili, rempah kari dan kiub ikan bilis.
  • Masukkan kepah (masak sebati) 
  • Masukkan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

KEPAH MASAK TAUCU

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 500 gm kepah dibersihkan
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula / serbuk perasa
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 10 biji cili padi - dititik
  • 1 batang serai
  • 2cm halia
  • Minyak untuk menumis
  • Garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Lala dicuci dan ditoskan. 
  • Halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serai, taucu dan cili padi.
  • Kacau sekejap lalu tuangkan sos tiram dan kicap. 
  • Bubuh gula/serbuk perasa serta garam secukupnya. 
  • Akhir sekali masukkan kepah  dan kacau rata2. Angkat.

KEPAH MASAK SOS TIRAM

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN 
  • 1kg kepah (clam) dibersihkan
  • 2 ulas bawang putih - potong nipis panjang *
  • 2 Ulas Bawang Merah*
  • 1 inci halia - potong nipis panjang *
  • 4 tangkai cili kering - kerat, buang biji *
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap
  • secubit gula 
  • Minyak Masak

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan bertanda * dan tumis sekejap biar naik bau. dan pecah minyak.Masukkan kepah, sos dan kacau balik biar sebati
  • Masukkan sedikit air dan tutup kuali sekejap , masak sambil dibalik sekali sekala biar kepah masak/terbuka kulit, 
  • padamkan api dan siap


KEPAH MASAK MASAM MANIS

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 1kg Kepah dibersihkan
  • Bawang Merah* - mayang halus
  • Bawang Putih* - mayang halus
  • Halia* - hiris memanjang
  • Serai* - dititik
  • Cili Padi - diketuk, belah dua
  • Cili Kisar
  • Cili Sos
  • Sos tomato
  • Sos Tiram
  • Garam, gula secukupnya.
  • Telur

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan bertanda *sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Biar sampai masak.

Masukkan kesemua jenis sos dan cili padi. Gaul rata. 
Masukkan kepah. Gaul sebati. (kalau kering sangat bolehlah tambah sedikit air) 
Pecahkan telur. Gaul cepat-cepat. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.


RESEPI KEPAH MASAK SERAI

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 500 gm kepah - dibersihkan dan toskan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan kepah.
  • Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang kepah berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

KEPAH MASAK HALIA

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 1kg Kepah bersihkan
  • Halia dalam hujung ibu jari
  • 2 Serai sebatang
  • 2 ulas  merah besar 
  • 2 ulas  Bawang putih 
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sos Tiram satu sudu kecil 

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali dan letak minyak sikit . Bila minyak dah panas,  Masukkan bawang merah besar , bawang putih , halia , sos tiram dan serai dalam kuali  dan naik bau . 
  • Lepastu masukkan gula secukup rasa dan terus masukkan kepah dan masukkan air sikit. 
  • Tutup dengan penutup untuk 5 minit lepastu masukkan garam secukup rasa . Kacau 
  • Bila kepah tu dah terbukak luas , korang bolehlah tutup api dan hidangkan 

KEPAH MASAK PEDAS

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 5 cili kering
  • 3 bawang merah
  • 1 bawang putih
  • 1 batang serai
  • Kepah yang telah dibersihkan

PROSES PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan di atas kecuali serai. 
  • Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing.  Masukkan garam, gula dan sos tiram.
  • Masukkan kepah dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.

KERANG GORENG HALIA

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.

BAHAN BAHAN
  • 2 Cawan isi kerang
  • 3 Inci halia - Hiris nipis memanjang
  • 1 Tangkai batang saderi - Dipotong
  • 5 Ulas bawang putih - Diketuk
  • 1 Tangkai batang serai - Dititik
  • 2 Sudu makan sos tiram
  • 2 Sudu makan minyak masak
  • 1 Biji telur ayam
  • 1 Sudu teh garam dan sedikit gula.

PROSES PENYEDIAAN
  • Basuh kerang hingga bersih dan toskan. 
  • Panaskan minyak,tumis bawang putih,halia dan serai hingga naik bau.
  • Tambahkan batang saderi,sos tiram dan telur ayam.Kacau rata. 
  • Masukkan kerang dan kacau hingga rata dan masak.

RESEPI KERANG MASAK CILI API

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 1 kg kerang basuh bersih
  • 20 biji cili api 
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh) 

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. 
  • Jangan lupa masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
  • Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.




RESEPI KERANG MASAK PEDAS


Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 1 kg Kerang 
  • 4 Sudu besar Sos tiram
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap manis secukupnya
  • Daun limau 2 helai
  • Daun salam 2 helai
  • Tomato dihiris
  • Daun bawang
  • Garam

BAHAN TUMIS
  • 5 biji bawang Merah
  • 4 biji Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 20 biji Cili padi merah dihiris

PROSES PENYEDIAAN
  • Bersihkan kerang & tos dan umis bahan tumisan hinga naik bau.
  • Masukkan kerang & air.Kemudian tutup. Setelah itu masukkan sos cili,tiram,kicap n garam.gaul rata
  • Masukkan cili hiris,daun bawang & tomato. Masak sampai semua sebati. hidangkan



RESEPI KERANG MASAK KICAP

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 300gm isi kerang yang telah di bersihkan
  • 3 batang serai di titik
  • 1 biji bawang besar di hiris kasar
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1/2 inci halia di hiris seperti mancis
  • 5 biji cili api di belah dua
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sesudu makan cili kisar
  • Sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.. Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak. Masukkan cili api yang telah di belah dua dan gaul rata. 
  • Masukkan sos tiram dan juga kicap manis secukupnya. Gaul rata ke semua bahan dan masukkan sedikit garam secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan kerang dan gaul sehingga sebati.  
  • Bila telah cukup sebati, matikan api.  Kalau boleh jangan masak terlalu lama.


AYAM KAMPUNG MASAK UNGKEP

AYAM KAMPUNG
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

AYAM KAMPUNG MASAK UNGKEP
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kampung - dipotong ikut suka

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
15 tangkai cili padi 

BAHAN TUMIS
Halia dihiris
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.

Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.

Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.


AYAM KAMPUNG MASAK KICAP

AYAM KAMPUNG
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

 AYAM KAMPUNG MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
500gm Daging Ayam Kampung - garam kunyitkan dan goreng hingga masak
4 sudu makan kicap pekat masin
1 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - potong dua kemudian hiris memanjang

BAHAN DITUMBUK
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan lada hitam biji - (boleh diganti dengan serbuk lada hitam)

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan kicap, sedikit air. Biarkan mendidih.


Masukkan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.Masukkan ayam goreng, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga bawang dan cili layu. Sedia untuk dihidangkan.