Tuesday, December 01, 2020

IKAN TALAPIA MASAK PEDAS THAI


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni sy tambah)
1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
5ulas bawang putih - cincang halus2
7-8biji cili padi hijau -hiris
1biji cili merah -cincang halus2
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia -hiris (yg ni sy tambah)
1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh


PROSES PENYEDIAAN
Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).

Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa.Siap, tutup api curah atas ikan

SOTONG MASAK TINTA @HITAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN-BAHAN :

  • Beberapa ekor sotong
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat) *
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk) *
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk) *
  • 1/2 inci halia (tumbuk kasar) *
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk) * atau sedikit serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  •  cili hidup/padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Potong sotong ikut suka masing-masing.
  • Bersihkan macam biasa tapi dakwatnya jangan dibuang.
  • Kemudian tos dan ketepikan.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bertanda * serta serai.
  • Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
  • Kemudian masukkan sotong
  • Tunggu sampai sotong keluar air.
  • Kemudian campakkan cili dan sedikit garam.
  • Siap.

Wednesday, September 16, 2020

IKAN TALAPIA MASAK KARI

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan Talapia
1 paket kecil rempah kari
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
1 kepal asam jawa
1 kotak santan kotak + 3 kotak air
Garam

BAHAN HIRIS:
2 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:
8 batang kacang bendi
1 biji tomato buah
2 tangkai cili hijau - belah 2

CARA CARA:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah yang dihiris dan halba campur. Bila minyak banyak, baru minyak akan timbul ketika dimasukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja kari nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Masukkan rempah kari kering yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan sedikit air. Masak lama lama dengan api perlahan sehingga rempah garing dan pecah minyak.

Setelah rempah terbit minyak, baru masukkan daun kari, santan dan air asam jawa. Perlahankan api. Kena selalu dikacau sehingga mendidih supaya kuah cantik dan tidak berketul.

Bila mendidih, masukkan ikan. Setelah ikan hampir masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.

Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga ianya pecah minyak. Jika perlu, boleh keluarkan ikan terlebih dahulu sementara kuah terbit minyak.

Masukkan garam. Rasa garam harus seimbang dengan rasa masam. Paling penting, biarkan kuah kari ada sedikit rasa masam barulah rasanya lebih sedap. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR @ CEKUR

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan talapia (goreng dengan garam kunyit terlebih dahulu)
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
6 biji ubi cekur *
5 helai daun cekur (dihiris halus)
Santan pekat
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
* ditumbuk halus

Ikan talapia digoreng terlebih dahulu

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang di tumbuk halus tadi hingga naik bau dan garing.

2. Kemudian masukkan sedikit air, santan pekat, asam keping, garam dan hirisan daun cekur tadi.

3.Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat,baru dimasukkan ikan talapia yang digoreng tadi.

4.Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutupkan api. Hidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:
1. Ikan talapia 2-3 ekor
2. Lada kecik sengenggam 
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 4 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam
7. Gula

CARA MEMASAK
1. Goreng ikan talapia sehingga garing. Gunakan api yang perlahan. Bagi yang pertama kali nak belajar goreng ikan tu, korang kena la bubuh garam dan kunyit dekat ikan talapia tu.. Sat lagi tak sedap pulak ikan korang. Tawar jer rasa.. hihi.

2. Bila dah siap goreng tu korang ketepikan dulu. Now proses nak masak sambal pulak. Cara dia mudah je, korang tumbuk bawang besar, bawang putih, lada kecik dan halia. Kemudian tumis dalam kuali.  siap



Sunday, February 09, 2020

TALAPIA GORENG BERLADA


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia merah saiz besar
garam & serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
1 ketul sebesar bola pingpong asam jawa
Garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat

BAHAN KISAR/TUMBUK
10 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN
Ikan dibersihkan & dikelar. Larutkan asam jawa dalam sedikit air dlam bekas yang muat untuk merendam ikan tadi. Masukkan ikan talapia yang sudah bersih & rendam anggaran 30 minit.

Sementara itu boleh sediakan bahan sambal. Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tambah asam gelugur & sedikit air jika terlalu kering. Bila dah secukup rasa bolehlah masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau2 sikit boleh matikan api.

Ikan yang direndam tadi boleh dicuci bersih. Lumur dengan serbuk kunyit & garam hingga rata. Goreng hingga garing kedua2 belah. Oleh kerana ikan tu besar gorenglah sekor2 ye. Bila ikan dah masak bolehlah masukkan dalam kuali sambal lada tadi & gaul rata.

 Boleh juga letakkan ikan goreng dalam pinggan hidangan kemudian tuangkan sambal di atas ikan rata2. Ikut je mana yang anda suka.