Wednesday, August 09, 2017

KILAU MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU PANTAI TIMUR SABAH

Makanan tradisi suku kaum Bajau Sabah ada pelbagai jenis sepertimana saya sudah post d Blog saya sebelum sebelum ini. Selain putu, tehe tehe, sagol dan lain lain lagi makanan tradisi suku kaum Bajau. Terdapat juga satu lagi makanan tradisi suku kaum ini iaitu Kilau atau Kinilau.

Kilau atau kinilau merupakan isi ikan terpilih yang dimakan secara mentah. Walaupun demikian kilau selamat dimakan kerana sebelum proses makanan ini siap dihdang untuk dimakan, ia melalui proses peraman samaada menggunakan cuka atau limau nipis. Walaupun dikatakan mentah, tetapi apabila telah dicampur dengan cuka atau limau ia sebenarnya telah pun masak. Cuka dan limau mempunyai acid yang boleh memasakan makanan.

Sebenarnya cara menyediakan kilau hamper sama dengan penyediaan kerabu isi ikan. Bahan yang digunakan sama kecuali serai. Kerabu menggunakan banyak serai yang dicincang halus tetapi kilau tidak menggunakan serai amnya. Walaupun demikian ada juga menggunakan serai untuk penambah rasa.

Jenis ikan yang selalu digunakan untuk membuat kilau adalah seperti isi ikan tenggiri,ikan tuna,  ikan bilis putih, ikan tamban, ikan alu alu dan lain lain ikan pun boleh digunakan yang penting isi dia boleh serap asam yang akan digunakan.



Hidangan kilau selalunya akan dicampurkan bahan bahan asas masakan iaitu bawang besar, manga muda, cili hijau dan chili merah/ cili padi, limau, garam, cuka dan tomato.

Cara penyediaan atau resepi adalah seperti berikut :

Bahan-bahan:
o  500 gram ikan bilis, ikan tenggiri, ikan alu alu atau lain lain ikan - bersihkan - buang isi perut, kepala dan tulang serta ekor
o   2 biji mangga muda - kupas dan cincang halus
o   1 labu bawang besar - hiris halus
o   1 biji cili hijau  / merah - hiris
o   7-10 biji cili padi - hiris / biarkan saja - jika hendak makan baru patahkan
o   3 sudu makan cuka / perahan jus limau kasturi
o   garam / perasa pilihan
o   tomato

Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan di atas.

2. Peram dalam 5-10 minit untuk asam serap masuk ke dalam isi ikan. Hiding dan makan bersama nasi putih atau putu

PUTU MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU PANTAI TIMUR SABAH

Putu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Bajau Pantai Timur di Sabah dan mempunyai peranan yang sama dengan nasi iaitu sebagai makanan utama. Putu atau piutu ini boleh dijadikan makanan untuk menggantikan nasi. Orang tua suku kaum Bajau lebih suka makan putu berbanding nasi.

Putu dihasilkan sepenuhnya dari ubi kayu yang diparut halus. Proses penghasilan putu adalah seperti berikut :

Ubi kayu


Ubi kayu akan dibuang kulit, dibersihkan dan diparut



Diperah buang air dan jadi tepung ubi



Tepung di stim dan jadi putu


 Rasa putu agak kenyal dan masam sedikit. Sesuai dimakan dengan ikan Bakar, ikan goreng, ampap, sagol dan lain lain lauk tradisi sabah. Putu boleh tahan lama dan selalunya nelayan yang akan kelaut akan membawa bekal putu kerana ia boleh bertahan lama 2-3 hari. Selain itu apabila dimakan ia mengenyangkan dan boleh tahan lapar pun agak lama berbanding makan nasi.


Peringatan juga janganlah minum minuman bergas apabila makan putu kerana putu adalah ubi yang diproses dan akan berlaku tindak balas apabila meminum minuman bergas setelah memakan putu. Perut akan rasa kembung dan tidak menyenangkan.