Monday, October 30, 2017

RESEPI NASI AYAM SARAWAK

BAHAN NASI
500 gram beras (basuh dan toskan)
1 inci halia (mayang halus)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
2 cawan santan pekat
1/2 cawan stock ayam maggi
Garam, gula
Air rebusan ayam secukupnya utk nasi
3 sudu besar marjerin
2 helai daun pandan (simpulkan)

BAHAN AYAM
1 ekor ayam (potong 8)
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ketul kiub ayam maggi
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (mayang)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
Air, minyak utk menumis, garam, gula

BAHAN ACAR
1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
1 batang lobak merah ( potong lidi)
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1/2 inci halia (mayang)
1/2 cawan gula
1/4 cawan cuka
Garam secukup rasa

BAHAN SOS
1 cawan sos cili
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 inci halia (mayang halus)
1/2 cawan air
Gula secukup rasa

BAHAN KICAP
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin
1/2 cawan air
5 biji cili padi (belah 2)

PROSES MASAK
NASI
1.    Panaskan marjerin.

2. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3.    Masukkan beras. Gorengkan seketika.
4.    Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.

AYAM
1.    Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.

2.    Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam

3.    Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.

ACAR

Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.

SOS
Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.

KICAP
Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.

Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

No comments:

Post a Comment