Friday, November 03, 2017

RESEPI KETAM NIPAH TELUR MASIN



BAHAN BAHAN
2 ekor Ketam Nipah
 4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong
 Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

UTK GORENG KETAM
Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

CARA MEMASAK
1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit     bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu  overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah da garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian   masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelahberbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.

4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup   api dan siap untuk dihidang!

No comments:

Post a Comment