B AHAN BAHAN
300 g daging lembu ( dibersihkan dan di potong kecil-kecil)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
4-8 biji cili padi
Daun ketumbar ( dihiris)
Daun bawang ( di potong )
Sepotong karot ( potong memanjang)
1 biji buah tomato ( di potong)
2 sudu besar kicap manis
2 sudubesar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam & serbuk kunyit
PROSES
MASAK
1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masak dalam kuali
untuk keringkan airnya.
2. Apabila daging agak kering masukkan sedikit minyak dan goreng
sedikit.
3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, lada hitam
yang telah di tumbuk. Goreng seketika bersama daging tadi. Masukkan karot.
4. Masukkan sos cili, kicap,sos tiram dan sedikit air.
5. sesuaikan rasa dan last sekali masukkan daun ketumbar, daun bawang
dan buah tomato.
No comments:
Post a Comment