Tuesday, October 31, 2017

RESEPI AYAM MASAK CHILI PADI

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.


BAHAN BAHAN
1 ekor ayam - potong sesuai selera, bersihkan dan toskan
4 biji kentang - kupas dan setiap 1 belah menjadi 4 bahagian dan rendam
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - dimayang halus
2 kotak santan
3 batang serai - diketuk
Gula dan garam secukupnya

BAHAN DIKISAR
20 – 30 biji cili padi kampung
3 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis

PROSES MASAK
1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus bersama dengan serai dan bila sudah harum masukan masukan ayam dan gaul hingga rata atau hingga ayam kecut. selepas tu masukan kentang yang sudah direndam dan di toskan tadi. masak hingga kentang menjadi empuk.

2. Masukan santan cair bersama dengan asam gelugor dan bila kurang kuah boleh tambah sedikit air kemudian biarkan hingga mendidih.

3. Masukan santan pekat kemudian kacau rata dan persakan dengan gula dan garam secukup rasa. masukan hirisan daun kunyit kemudian kacau rata.

4. Biarkan mendidih di api kecil dan kacau selalu dan bila ayam sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

No comments:

Post a Comment