Wednesday, November 01, 2017

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK


Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung. 

RESEPI AYAM MASAK PAPRIK
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam di hiris kecil

 2 ulas bawang putih di cincang halus

1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris bulat besar

1 biji cili merah di hiris

11 biji cili api di pecah

2 helai daun limau purut di siat

bunga kobis di hiris kecil

2 biji putik jagung di hiris

1/2 biji karot di hiris

2 biji kacang panjang di potong 1 inci

2 sudu makan cili kering di kisar

2 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos tiram

1 cawan air

garam secukupnya


PROSES PENYEDIAAN

Tumis bawang putih sehingga naik wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.


Masukkan semua sos dan tumis lagi sehingga pecah minyak.Masukkan ayam dan kacau sehingga rata.


Masukkan air dan masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.


Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semua sayur empuh. Tutup api dan ayam paprik siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment