Wednesday, November 01, 2017

RESEPI STEW DAGING

Masakan rendidih atau stu merupakan paduan ramuan makanan pejal yang dimasak dalam cecair lalu dihidangkan dalam kuah yang terhasil. Ramuan-ramuan dalam stu boleh termasuk mana-mana paduan sayur-sayuran (seperti lobak, kentang, kacang, lada, tomato dsb.), daging, terutama sekali daging-daging keras sesuai untuk dimasak perlahan seperti daging lembu. Ayam itik, sosej dan makanan laut juga digunakan. Air boleh digunakan sebagai cecair untuk memasak stu, begitu juga dengan pati dan minuman keras seperti wain dan bir. Perasa dan bahan perisa juga boleh ditambahkan. Stu biasanya dimasak pada suhu yang agak rendah (iaitu direneh, bukan direbus) supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.

RESEPI STEW DAGING
BAHAN BAHAN
250gm daging dipotong dadu
2 sudu teh bawang merah cincang
1 biji lobak merah dipotong dadu
1 batang seleri dipotong dadu
1.25 liter
2 sudu makan minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bawang merah cincang, lobak merah dan seleri. Kacau berterusan sehingga bahan menjadi lembut dan kuning keemasan selama lapan hingga 10 minit.

Kemudian masukkan brown stock dan daun salam. Masak sehingga mendidih.

Apabila telah mendidih, masukkan daging yang dipotong dadu dan didihkan sehingga daging lembut. Perlahan api.

Akhir sekali, rasakan secukupnya

No comments:

Post a Comment