Monday, October 30, 2017

RESEPI KETAM GORENG BERCHILI

Bahan-Bahan
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1/2 bi ji bawang besar
1 biji bawang putih
1 batang kayu manis
1 sudu besar madu
1/2 cawan air
daun ketumbar sebagai hiasan2 sudu besar tepung gandum ( untuk disalut pada ketam sebelum digoreng)

PROSES MASAK
1. Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan, gaul ketam bersama sedikit garam dan salut kan dengan tepung gandum, goreng hingga agak masak dan angkat.

2. Kisar bawang besar, dan bawang putih, panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar tadi, setelah naik bau baru masukkan cili kisar, selepas itu masukkan madu dan sos cili kering dan air, setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment