Tuesday, October 31, 2017

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli
BAHAN BAHAN
8 keping ikan tongkol - bersihkan
14 cili kacang bendi - kerat batang dan ekor
6 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu pati teh asam jawa
4 sudu makan cili kisar
3 biji cili merah - belah 2
2 cawan santan cair
2 pelepah daun kari - larutkan daunya dari tangkai
Minyak, garam, dan gula secukupnya

BAHAN KISAR
6 biji bawang merah
5 biji bawnag putih
2 cm halia

CARA PENYEDIAAN
1. mula-mula bersihkan ikan tongkol dan gaul dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng hingga separuh masak

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak.

3. kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan masukan santan.

4. biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan tongkol, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.

5. akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak bolehlah matikan api.

No comments:

Post a Comment