Monday, October 30, 2017

RESEPI ASAM REBUS IKAN PARANG

BAHAN BAHAN
1/2 ekor ikan parang dipotong beberapa bahagian
2 inci lengkuas atau halia
beberapa helai daun kesum ( carik-carikkan kasar)
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
sedikit garam
4 biji terung saiz sederhana, dipotong dua dan dikerat tiga atau empat bahagian
sedikit kunyit hidup
5 biji cili padi ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)


CARA CARANYA

1. Blender belacan, bawang merah, lengkuas, kunyit hidup, cili padi dan bawang  putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.

2. Masukkan 3 cawan air di dalam periuk, kemudian baru masukkan bahan yang telah diblender  atau di tumbuk tadi, biarkan agak mendidih.

3. Kemudian masukkan asam kewping, selepas itu masukkan ikan parang dan daun kesum, biarkan mendidih seketika, akhir sekali masukkan pula hirisan terung, biarkan terung layu, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment