Wednesday, November 01, 2017

RESEPI BELIMBING MASAK LEMAK

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Penggunaan atau kaedah masak lemak ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan yang banyak menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang duduk berhampiran sawah serta pantai.

RESEPI BELIMBING MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
5 biji buah belimbing (agak masak ranum)
2 ulas bawang merah - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
1 kg ikan siakap Merah / Ikan lain pun boleh
1 mangkuk santan
Garam halus secukupnya
Garam kasar

PROSES PENYEDIAAN
Hiris buah belimbing memanjang. Celur seketika utk buang rasa kelat. Boleh juga diramas isi belimbing td dgn garam kasar utk buang rasa kelatnya.

Masukkan santan ke dalam periuk bersama sama bawang merah, cili merah & isi ikan. Kacau supaya santan tak pecah minyak.

Masukkan buah belimbing tadi & garam halus. Kacau lg hingga santan masak.



No comments:

Post a Comment