Wednesday, November 01, 2017

RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG

Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis" Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang 


RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG
BAHAN BAHAN
BAHAN A:
Bentarang (sejenis siput) / siput kemudi
Batang pisang 2 kaki(diambil empulur ditengah batang (bahagian
yg lembut) dan sebaiknya ambil batang pisang dari pokok yg belum
berbuah kerana ianya lembut. Anak pokok pisang setinggi ¾ kaki
adalah terbaik.)di potong panjang 1 inci dan direndam di dalam air
kunyit selama 15 minit utk menghilangkan getahnya.

BAHAN B (DIREBUS):
Serbuk kari ikan kering 1 peket
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 sudu kecil cili serbuk
½ cawan pati santan
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 batang serai (dikatuk)

BAHAN C (DITUMIS):
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 sudu besar minyak masak
Sehelai daun kari

PROSES MASAK
Mentarang/siput kemudi diproses dan ambil isi

Bancuh serbuk kari ikan kering dengan 1 cawan air.

Rebuskan batang pisang di dalam santan bersama bawang yang

ditumbuk, serbuk cili, serai dan serbuk kari yang telah dibancuh tadi sehingga mendidih.

Masukkan isi bentarang / isi siput kemudi dan biarkan mendidih sekejap.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Serentak, Tumis bahan-bahan C sehingga garing pada kuali yg lain.

Tuangkan bahan C yang telah ditumis termasuk minyaknya ke  dalam bahan yang direbus tadi dan kacau biarkan mendidih.

Hidangkan panas-panas




No comments:

Post a Comment