Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.
Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
B AHAN BAHAN
1 ekor ayam - potong kecil
Sekuntum bungan kantan - belah 5
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
1 batang serai - dititik
Air asam jawa - secawan air dicampur 50gn asam jawa
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun kesum
BAHAN
KISAR
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
34 tangkai cili kering - gunting rendam dan toskan
sebesar saiz ibu jari belacan
7 ulas bawang merah
PROSES
MASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian bila minyak dah panas tumis
bahan kisar tadi bersama serai hingga harum
2. Masukan daun kesum, bungan kantan, dan ayam. kemudian gaul sebati
dan tutup kuali. biarkan hingga ayam mengecut.
3. Masukan juga air asam jawa dan gaul sebati. masukan lada hitam dan
perasakan dengan garam secukup rasa kemudian gaul sebati. tambahkan air
secukupnya
4. Tutup kuali dan tunggu hingga ayam empuk. tunggu
hingga kuah ayam sudah pekat yang sesuai. matikan api dan hidangkan asam pedas
ayam bersama nasi putih panas-panas
No comments:
Post a Comment