Wednesday, November 01, 2017

RESEPI AYAM LAGSANE


Lasagne (/ləˈzænjə/ atau /ləˈzɑːnjə/ atau /ləˈsɑːnjə/, sebutan bahasa Itali: [laˈzaɲɲe], bentuk tunggal lasagna) adalah pasta leper lebar, dan mungkin salah satu jenis pasta yang paling lama pernah dicipta. Perkataan "lasagne" dan, dalam banyak bahasa bukan Itali, bentuk tunggal "lasagna", juga boleh merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan beberapa lapisan kepingan lasagne dilapisi dengan sos dan pelbagai bahan-bahan lain

RESEPI AYAM LAGSANE
BAHAN-BAHAN
Lasagne Sheet (direbus)

BAHAN SOS PUTIH:
 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak 250 ml susu full cream(apa2 brand)
Mozarella Cheese
Sedikit garam,
Sedikit lada sulah

CARA MASAK
Cairkan butter dalam kuali atau pan dengan api perlahan kemudian masukkan tepung kacau hingga sebati. Jgn sampai bergentel.

Masukkan Susu kacau rata kemudian masukkan cheese, garam dan lada sulah. kacau rata sehingga kuah agak pekat. Ketepikan.

BAHAN SOS DAGING:
1 paket ayam/daging kisar brand ramly
2 ulas bawang putih di cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
1 batang carrot juga di dadu
1 biji buah tomato di dadu
1 tin tomato puree
 sedikit oregano
 gula dan garam secukupnya.

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam atau daging.

Bila daging agak empuk, masukkan tomato puree dan bahan2 lain. Masukkan garam dan gula.

Suaikan rasanya ye.. dan kalau boleh sos daging hendaklah manis sedikit sebab sos putih akan berasa masin disebabkan ada cheese.

CARA MELAPIS LASAGNA:
Ambil loyang dan ratakan sos daging di permukaan loyang.

Kemudian taburkan sedikit mozarella cheese yang telah di parut. kemudian aturkan lasagna sheet rapat menutupi permukaan sos daging.

kemudian letak lagi sos daging di ikuti dengan sos putih serta sedikit parutan cheese.

Ikuti langkah ini sehingga penuh loyang tersebut.

Kemudian bakar selama 40- 45 minit dengan suhu 185'C.

No comments:

Post a Comment