Wednesday, November 01, 2017

RESEPI MEE SIPUT GORENG


BAHAN BAHAN ( 5~6 orang )
Mee kuning 1 kg
Cili kering 20~30 tangkai
4 ulas bawang putih
100 ml cuka
7~8 sudu gula
Garam
Sedikit air (2~3) sudu
Minyak untuk menumis & menggoreng

PROSES MASAK
1. Mula-mula kena jemur mee sampai kering. Setelah kering, bolehlah digoreng hingga kembang garing

2. kemudian sediakan bahan sira pula. Kisar cili kering bersama bawang putih

3. Panaskan minyak untuk menumis sambal sira. Tumis cili yang telah dikisar bersama bawang putih tadi hingga garing. Dah garing, masukkan gula, garam ,gaul sekejap

4. Masukkan cuka. Gaul hingga pekat, masukkan sedikit air sekiranya gule terlalu pekat

5. Dah agak-agak siap sambal tu, tutup api dan masukkanlah mee yang dah digoreng tadi . Gaul rata biar semua kena dengan sambal sira tu..

No comments:

Post a Comment