Wednesday, November 01, 2017

RESEPI SALAD TIMUN


Salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sosSalad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen.

Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette.

Kebanyakan salad dihidang sejuk, walaupun sesetengahnya, seperti salad kentang Jerman, dihidang suam. Sesetengah menganggap kepanasan hidangan itu menjadikannya satu faktor ia tidak termasuk dalam kategori salad, sebagai contoh kaserol, inti sandwich atau lebih tepat lagi, nama bahan yang menjadi ramuannya.

RESEPI SALAD TIMUN
BAHAN BAHAN
1 batang timun, dibuang kulitnya, dipotong dadu isinya (yang kat tengah berbiji-biji tu buang)
½ cawan tairu
1 ulas bawang putih
1 sudu teh daun pudina, dihiris halus
1 sudu teh minyak zaitun
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan-bahan didalam mangkuk dan gaul rata. Enak hidangkan sejuk.

Nota D: Bila menyediakan Jajik ini yang penting timun dan kalau gunakan tomato hendaklah ditoskan sekering-keringnya, kerana bila dah digaul dengan tairu ia akan mengeluarkan air.

Jadi sebaiknya selalu yang D timun D akan sejukkan dalam peti sejuk dan juga tairu. Bila waktu nak menghidang potong-potong, gaul-gaul dan hidang. Jadi saladnya tidak terlalu berair.



No comments:

Post a Comment