Wednesday, November 01, 2017

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN BAHAN
1/2 ekor ayam
1-2 sudu besar serbuk kari daging
serbuk cili
garam
beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR HALUS:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

BAHAN KISAR KASAR:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
2 batang serai

CARA BUAT AYAM GORENG BEREMPAH:
Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.

Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.

Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. Kalau perap lama dikit pun makin best.

Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.

Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.

Teruskan menggoreng hingga ayam habis.Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.

No comments:

Post a Comment