Monday, October 30, 2017

RESEPI SOTONG MASAK DENGAN SOS TIRAM

Sos tiram memerihalkan beberapa sos dibuat dengan tiram masakan. Yang paling biasa digunakan ialah perasa moden berwarna perang gelap likat diperbuat daripada gula, garam dan air dipekatkan dengan tepung jagung, berperisa dengan sedikit intipati atau ekstrak tiram.

Beberapa jenis sos tiram mungkin menjadi gelap dengan karamel, walaupun sos tiram berkualiti tinggi secara semula jadinya sudahpun gelap. Ia biasanya digunakan dalam masakan Kantonis, Thai, Vietnam dan Khmer.


BAHAN BAHAN
2 ekor sotong saiz sederhana
2 ulas bawang merah ( dicincang)
1/4 biji bawang besar ( dimayang kasar)
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia
1 biji ulas putih
beberapa biji cili padi
sedikit kunyit serbuk

CARA CARA
1. Sotong di potong bentuk ring, cincang halia, bawang putih,bawang merah dan cili padi.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tadi, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit kunyit serbuk.

3. Selepas itu masukkan sotong dan sesuaikan rasa ( masukkan lah garam ) akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang. Kacau sebati, apabila bawang agak layu, angkat dan hidangkan, sedap dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment